Kerajaan Madani serius basmi miskin tegar Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Madani sememangnya serius dalam membasmi kemiskinan tegar di Malaysia, khususnya di Sabah, kata Pensyarah Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr. Awangku Hassanal Bahar Pengiran Bagul.

Awangku Hassanal Banar berkata, ini dapat dilihat menerusi peningkatan peruntukan Belanjawan 2025 dari RM10 bilion tahun lepas kepada RM13 bilion tahun ini.

Beliau berkata, bagi mencapai usaha berkenaan, kerajaan juga telah mewujudkan pelan dan dasar khusus dengan menggariskan beberapa strategi.

”Bagi membasmi kemiskinan tegar dalam jangka panjang, kerajaan perlu memfokuskan kepada ekonomi tempatan.

”Salurkan dana untuk mewujudkan ekonomi tempatan yang lebih teguh yang mampu menyediakan peluang pekerjaan dan pada masa yang sama menyediakan program pembinaan kapasiti kepada rakyat.

”Oleh itu bagi menyelesaikan isu kemiskinan tegar dengan lebih efektif kerajaan harus menyediakan inisiatif yang lebih mapan,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Dalam pada itu, Awangku Hassanal Banar memberitahu kerajaan juga perlu memainkan peranan dalam mengawal inflasi bagi menjaga kesejahteraan rakyat khususnya di Sabah yang berhadapan dengan kemiskinan tegar sejak dahulu.

Jelasnya, ini kerana Belanjawan 2025 juga menyaksikan pembaharuan gaji dan inisiatif sokongan pendapatan, namun terdapat juga pelbagai skim pengembangan cukai secara serentak.

“Inisiatif seperti ini akan menyebabkan peningkatan kadar inflasi yang boleh memberi kesan kepada kos sara hidup harian.

”Di sini, celik kewangan dan pendidikan pengguna akan membantu dalam menangani peningkatan kos sara hidup,” tambah beliau.

Sebagai persediaan, katanya, sektor kerajaan berkaitan perlu memainkan peranan untuk memberikan taklimat pemahaman menyeluruh kepada rakyat berkenaan impak dari inisiatif yang telah dibentangkan.

“Penyampaian maklumat berkenaan isu tersebut juga lebih baik sekiranya melalui saluran tempatan seperti radio UMS serta media sosial lain seperti Facebook, TikTok, Instagram dan YouTube yang menjadi trend terkini bagi orang ramai mendapatkan sumber maklumat semasa,” katanya.

Related Posts

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) ketika ini di fasa menuju perubahan besar dalam aspek kawal selia bagi memastikan institusi kewangan Islam itu beroperasi mengikut piawaian keselamatan dan profesionalisme tertinggi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan tiada mana-mana ahli politik dalam barisan Lembaga Pengarah institusi itu ketika ini. Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain menegaskan, perkara itu penting…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled