Anwar fokus angkat lantai masyarakat tanpa terikat ekuiti kaum, elak jurang ketara maha kaya Melayu dan miskin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih fokus untuk mengangkat lantai masyarakat tanpa terikat dengan ekuiti kaum seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

Justeru Anwar menegaskan, informasi dasar ‘affirmative action’ ini akan diteruskan dan soal ekuiti walaupun ditekankan dalam Kongres Ekonomi Bumiputera, namun kerajaan tidak terlalu tekankan.

“Hal ini kerana kita lebih setuju untuk mengangkat lantai masyarakat itu kerana kalau terlalu terikat dengan ekuiti seperti yang pernah berlaku dulu jadi fokusnya pada syarikat-syarikat besar berlaku kensenjangan yang ketara di antara golongan maha kaya Melayu dengan yang merata miskin.

“Tentang agenda Bumiputera kita teruskan walaupun penekanan itu agak berbeza. Umpamanya kalau dalam strategi bersama dalam pembasmian kemiskinan peningkatan taraf hidup itu menyeluruh dan tidak dikategorikan sebagai Bumiputera dan bukan Bumiputera.

“Begitu juga tentang mutu pendidikan dan kesihatan. Tapi apabila saya cakap saya umum begini kerana kita biasa dengan ‘racial profiling’ sebelum ini maka kadang-kadang timbul gesaan daripada Bumiputera, daripada India atau masyarakat Cina.

“Jadi saya nak jelaskan itu pendekatan bila kita tumbuh ekonomi dan pacu dan pinjaman itu menyeluruh kepada semua tapi bagi khusus untuk Bumiputera, itu
diteruskan kerana pertamanya dasar yang jelas termasuk Perkara 153, keduanya tentang kesenjangan yang merata,” katanya pada sesi pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) yang meminta penjelasan pelan khusus kerajaan menjayakan agenda Pelan Transformasi Putera 2030.

Anwar malah menjelaskan, agenda perkasa Bumiputera itu akan diteruskan.

“Jadi sementara ini boleh diteruskan tetapi bukan menjadi satu pendekatan yang terlalu keras umpamanya kalau seperti mana yang telah saya umumkan Bandar Malaysia yang dulunya diserahkan kepada asing keseluruhannya dan sekarang diambil balik dan keseluruhannya dikendalikan oleh syarikat kerajaan yang tentunya memberi fokus Bumiputera termasuk 50 ekar khusus untuk Bumiputera.

“Ini seperti mana saya jelaskan belum pernah dilakukan sejak kita Merdeka 1957. Itu memberikan gambaran bahawa dasar ini tidak ditinggalkan,” ujarnya.

Berkait soal penggabungan tiga bank, katanya walaupun masih dalam proses beliau setuju dengan gesaan Yang Berhormat bahawa soal tumpuan kepada PMKS itu tidak akan diketepikan.

“Di antara syarat-syarat yang ditekankan oleh Bank Negara yang memantau soal penggabungan walaupun terlalu awal untuk saya berikan komen tetapi syarat PMKS syarat pinjaman Bumiputera itu tetap dijadikan satu ukuran dan dasar daripada penggabungan ini.

“Soal berapa jumlah dari RM1 billion itu saya akan minta notis dan berikan secara bertulis berapa yang telah disalurkan setakat ini,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan.

Related Posts

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) sangat terbuka untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian
  • AdenAden
  • October 5, 2026

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengambil tindakan secara teratur, bertanggungjawab dan berlandaskan undang-Undang berhubung isu pengurusan pelarian, kata Memteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil. Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

  • By Aden
  • October 5, 2026
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara