Baiki segera jambatan uzur demi keselesaan penduduk

PASIR MAS – Jambatan kayu yang sudah usang di Kampung Kubang Panjang, dekat Lemal, di sini, perlu dinaik taraf segera.

Ini kerana keadaan jambatan kayu itu sudah lagi tidak selamat digunakan penduduk disebabkan binaan asalnya sudah reput dan menunggu masa roboh.

Penduduk juga memaklumkan jambatan berkenaan adalah laluan alternatif yang menjadi pilihan untuk ke pasar besar bagi membeli barangan keperluan.

Sarah Sufian, 27, berkata, struktur jambatan itu sudah terlalu uzur dan wajar diberi perhatian pihak berkuasa sebelum berlaku insiden tidak diingini.

“Kalau tengok keadaan jambatan ini pun kita tak berani nak guna, tapi penduduk tidak ada pilihan selain terus menggunakannya sebagai laluan alternatif.

“Memang inilah laluan utama kami untuk ke pasar besar kerana jaraknya lebih dekat, hanya sebelah menyebelah sahaja.

“Jadi, pihak bertanggungjawab… tak kiralah kerajaan negeri ke, majlis daerah ke… tolonglah baiki segera,” katanya.

Sarah memaklumkan jambatan kayu itu dibina sejak puluhan tahun lalu dan boleh dikatakan terlalu ‘ketinggalan zaman’.

Bagi seorang lagi penduduk, Maheran Mohd Zain, 45, semua penduduk kampung berkenaan sangat berharap pihak berkaitan boleh membaik pulih jambatan terbabit.

“Kalau masih boleh naik taraf atau baik pulih, tolong buat segera kerana penduduk amat bimbang tiap kali menggunakan jambatan itu.

“Kita juga berharap kalau ada peruntukan lebih, bina jambatan baharu yang lebih selesa untuk kegunaan kami… untuk memudahkan urusan harian penduduk di sini,” jelasnya.

Related Posts

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

KUANTAN – Gerakan koperasi di Pahang mencatat perolehan RM1.13 bilion tahun lalu, meningkat 15 peratus berbanding 2024, manakala jumlah aset keseluruhan kini melebihi RM1.73 bilion. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor tidak akan meluluskan pembangunan pusat data baharu di kawasan yang tidak mempunyai kapasiti bekalan air dan tenaga mencukupi bagi menampung keperluan industri berkenaan. Menteri Besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

RM4.08 juta dadah, ketum dilupus, 12,916 pesalah ditahan – Polis Perak

RM4.08 juta dadah, ketum dilupus, 12,916 pesalah ditahan – Polis Perak

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin