Kanak-kanak perempuan 11 tahun dikhuatiri lemas

KOTA KINABALU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dikhuatiri lemas apabila gagal ditemui selepas terjun ke dalam sungai di Kampung Lokub, Manggatal, di sini pada Khamis.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Adanan Sapawi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan (MERS999) pada pukul 1:03 tengah hari yang melaporkan kehilangan seorang mangsa semasa melakukan aktiviti mandi-manda di lokasi kejadian.

“Menurut pemanggil terdapat beberapa kanak-kanak melakukan aktiviti mandi-manda di sungai berkenaan dan seorang kanak-kanak perempuan yang berada di jambatan telah terjun ke dalam sungai kemudian didapati tidak timbul.

“Identiti mangsa kini masih belum diketahui sepenuhnya, walau bagaimanapun maklumat berkenaan kejadian akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, seramai sembilan anggota bomba, menaiki jentera yang tiba di lokasi pada pukul 1.43 petang dalam jarak 20 kilomenter kemudian mengambil maklumat dan seterusnya menjalankan operasi mencari dengan kaedah ‘surface rescue’ dan turut dibantu oleh dua pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Related Posts

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan

SHAH ALAM – Shah Alam Convention Centre (SACC) dijenamakan semula sebagai Selangor International Trade Centre (SITC) bagi menyokong pelan pembangunan SA Sentral di Seksyen 14. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

SHANGHAI – SMD Semiconductor Sdn Bhd (SMD) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Jiangsu Linyang Energy Co Ltd (Linyang Energy) untuk membekalkan penyelesaian semikonduktor kuasa ke pasaran global pada 13 Ogos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET