Beberapa jam tular, MARA urus pelajar cemerlang duduki ujian khas MRSM

KEMISKINAN bukan lagi halangan untuk meraih impian, apabila Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bertindak membantu pelajar cemerlang di Bachok, Nur Nasuha Nusi, 12, untuk menduduki ujian kecenderungan MRSM (UKKM) dan ujian khas International General Certification of Secondary Education (IGCSE) ke Tingkatan Satu 2025 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Krai.

Hanya beberapa jam selepas kisah sedih Nur Nasuha gagal untuk menduduki peperiksaan khas MRSM mendapat perhatian Majlis Amanah Rakyat (MARA) dipaparkan ia terus mendapat reaksi segera Pengerusi MARA itu.

“Saya sudah minta MARA untuk hubungi ibu bapa pelajar ini. Insya-Allah pihak MRSM Kuala Krai akan bantu uruskan pengangkutan pelajar miskin ini untuk dibawa ke MRSM Kuala Krai bagi menduduki peperiksaan UKKM.

“Saya telah sebutkan banyak kali jangan jadikan alasan kemiskinan mahupun kekangan kewangan sebagai faktor penghalang untuk menyambung pengajian. MARA akan cuba sedaya upaya untuk membantu agar tiada pelajar cemerlang yang tercicir. Maklumkan terus kepada saya jika ada kes-kes sebegini.

“Untuk pengetahuan semua, Bahagian Pendidikan Menengah MARA telah maklumkan kepada saya tarikh baharu UKKM pada yang mohon ditukar atas pelbagai sebab akan dimaklumkan pada 23 Oktober ini,” catat Asyraf di Facebooknya pada Selasa.

Sebelum itu, media melaporkan Nur Nasuha meluahkan hasrat hatinya selepas dia bersedih kerana tidak dapat menjalani ujian kelayakan ke MRSM kerana tidak mempunyai kenderaan disebabkan kemiskinan keluarganya.

“Saya benar-benar nak masuk MRSM, nak belajar sungguh-sungguh, kerja dan bayar hutang mak, ayah,” luah pelajar cemerlang, Nur Nasuha.

Dia sepatutnya menduduki ujian kecenderungan MRSM (UKKM) dan ujian khas International General Certification of Secondary Education (IGCSE) ke Tingkatan Satu 2025 di MRSM Kuala Krai pada 8 Oktober lalu.

Bapa Nur Nasuha, Mohd Nusi Mamat, 38, berkata, dia tidak dapat menghantar anaknya itu menduduki ujian berkenaan kerana tidak mempunyai wang selain hanya mempunyai motosikal.

Katanya, mereka menghadapi masalah kewangan sejak dia terpaksa berhenti kerja sebagai mekanik kerana penyakit gastrik kronik sejak dua tahun lalu.

Nasuha yang sering mendapat tempat pertama dalam kelas berkata, dia berharap pihak MARA dan pihak berkaitan dapat membantunya menduduki peperiksaan khas itu yang difahamkan masih berlangsung sebelum ditempatkan di MRSM pada tahun depan.

Dia mendapat tawaran menduduki peperiksaan khas kemasukan ke MRSM selepas mendapat keputusan cemerlang dalam keputusan pentaksiran bilik darjah pertengahan sesi akademik 2024/25.

Related Posts

Simpanan persaraan lebih terjamin dengan i-Legasi, i-Emas

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan i-Legasi dan i-Emas bagi memperkukuh jaminan kewangan serta memastikan kelangsungan simpanan persaraan ahli dalam jangka panjang. Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Phoong Jin Zhe dilantik senator, 12 lain turut angkat sumpah di Dewan Negara

KOTA KINABALU – Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe, secara rasmi dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bersama 12 senator lain. Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu eksport pasir wajar dilihat dari sudut teknikal

Isu eksport pasir wajar dilihat dari sudut teknikal

80 tahun UMNO: Teguh pertahan institusi Diraja, kesejahteraan rakyat Sabah

80 tahun UMNO: Teguh pertahan institusi Diraja, kesejahteraan rakyat Sabah

Peruntukan RM500,000 naik taraf jambatan Taman Yik King legakan penduduk

Peruntukan RM500,000 naik taraf jambatan Taman Yik King legakan penduduk

‘Empowering Women’ penggerak pembangunan keluarga, masyarakat – Rina

‘Empowering Women’ penggerak pembangunan keluarga, masyarakat – Rina

Simpanan persaraan lebih terjamin dengan i-Legasi, i-Emas

Simpanan persaraan lebih terjamin dengan i-Legasi, i-Emas

Penguatkuasaan kebajikan haiwan dibuat secara profesional – DVS Sabah

Penguatkuasaan kebajikan haiwan dibuat secara profesional – DVS Sabah