Belanjawan 2025: Siswazah mahu lebih banyak peluang kerja, tingkatkan capaian internet luar bandar

ALOR SETAR – Setiap tahun pembentangan belanjawan merupakan perkara yang sangat dinantikan oleh rakyat di seluruh negeri dari pelbagai latar belakang.

Tinjauan The Malaysia Press mendapati ramai mengharapkan kerajaan dapat merangka mekanisme terbaik untuk masa hadapan mereka.

Menurut Nurul Nasyrah Abd Hamid, 22, penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dalam Belanjawan 2025 ini kerajaan perlu mencipta lebih banyak lagi peluang pekerjaan supaya dapat mengurangkan lagi masalah pengangguran terutamanya dalam kalangan siswazah pada hari ini.

Katanya, siswazah hari ini tertekan dengan kehidupan mereka terutamanya selepas tamat pengajian mereka kerana terpaksa melalui zaman pengangguran terlebih dahulu.

“Kami siswazah sangat memerlukan peluang pekerjaan selepas tamat pengajian nanti. Jika masalah ini tidak dapat diatasi adalah sangat menyedihkan kerana ibu bapa sentiasa mengharap kami membantu mereka nanti.

“Kos kehidupan yang semakin meningkat hari ini pasti akan membebankan terutamanya mereka yang bergelar siswazah walaupun sudah memegang segulung ijazah. Saya harap belanjawan Ekonomi Madani, Negara Makmur dan Rakyat Sejahtera yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri nanti akan dapat membantu siswazah mengisi peluang pekerjaan,” katanya.

Aila Farzana Mohd Yusoff, 22, penuntut dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pula berkata, kerajaan hari ini perlu meningkatkan lagi peruntukan kepada bidang telekomunikasi dan teknologi maklumat supaya pendidikan di luar bandar tidak ketinggalan.

Katanya, hari ini pelajar di luar bandar sering dibelenggu masalah berkaitan telekomunikasi dan teknologi maklumat hingga menyebabkan mereka gagal untuk menghadiri kelas dalam talian.

“Umumnya mengetahui hari ini wujudnya pembelajaran secara dalam talian tetapi disebabkan pencapaian internet lemah di kawasan luar bandar dan harga peranti komputer pula di luar kemampuan menyebabkan ramai pelajar terutama dari keluarga B40 tersisih dari segi akademik.

“Adalah sangat menyedihkan apabila pelajar luar bandar ini menjadi buta internet kerana masalah capaian internet yang sangat lemah pada hari ini.

“Bagaimana dengan pencapaian internet yang lemah untuk pelajar belajar menerusi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR),” katanya.

Menurutnya, sudah sampai masanya kerajaan memberi peruntukan yang lebih bagi mempertingkatkan kualiti capaian internet terutamanya di kawasan luar bandar.

Related Posts

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

KUALA LUMPUR – UMNO akan mengundang pemimpin tertinggi setiap parti politik Melayu dan Islam untuk memulakan usaha pembentukan kolaborasi agung dalam masa terdekat. Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

LIMBANG – Pelaksanaan Projek Hopecare ‘Basic Of Life’ Limbang Rural Water Project disifatkan sebagai satu inisiatif amat signifikan dalam usaha memastikan akses kepada bekalan air bersih dan selamat dapat dinikmati…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim