Peruntukan RM500,000 naik taraf jambatan Taman Yik King legakan penduduk

SUNGAI SIPUT – Kebimbangan penduduk Taman Yik King, Jalong, di sini yang sekian lama berdepan isu keselamatan jambatan besi di kawasan berkenaan bakal berakhir apabila Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi kerja menaik taraf kemudahan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jalong, Loh Sze Yee berkata, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming telah meluluskan peruntukan tersebut bagi menggantikan jambatan besi lama dengan jambatan konkrit sepenuhnya, selain pemasangan pagar keselamatan dan lampu jalan tenaga solar.

Menurutnya, projek berkenaan dijangka memberi manfaat kepada lebih 100 keluarga yang menggunakan laluan itu setiap hari.

Katanya, usaha menaik taraf jambatan tersebut merupakan hasil tindakan susulan berterusan selepas isu keselamatan itu dibangkitkan oleh penduduk setempat sejak sekian lama.

“Kita telah turun padang meninjau keadaan, mengadakan lawatan tapak serta menyelaras pelbagai usaha termasuk mendapatkan peruntukan bagi memastikan keselamatan pengguna sentiasa terjamin.

“Bermula daripada kerja pembaikan kecemasan tahun lalu sehingga kepada pelaksanaan projek naik taraf menyeluruh hari ini, kami percaya laluan harian rakyat bukan isu kecil dan perlu diberi perhatian serius,” katanya dalam satu kenyataan.

Sze Yee yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pelaburan, Industri dan Pembangunan Koridor Negeri Perak turut merakamkan penghargaan kepada KPKT atas keprihatinan serta sokongan berterusan terhadap pembangunan dan kesejahteraan masyarakat di Sungai Siput.

Beliau berkata, komitmen meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan membolehkan pelbagai isu infrastruktur dan keperluan asas di peringkat akar umbi diselesaikan secara berperingkat.

“Daripada penyediaan lampu jalan, penambahbaikan jalan raya hinggalah kepada usaha mewujudkan komuniti yang lebih selamat dan selesa, semuanya memerlukan kerjasama serta sokongan semua pihak,” katanya.

Foto: FB Loh Sze Yee

Related Posts

Isu eksport pasir wajar dilihat dari sudut teknikal

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang menggesa semua pihak melihat isu pengurusan dan pengeluaran pasir di Sungai Pahang melalui perspektif ilmiah dan teknikal, bukannya dijadikan modal politik yang mengelirukan rakyat. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
80 tahun UMNO: Teguh pertahan institusi Diraja, kesejahteraan rakyat Sabah

TAWAU – UMNO Sabah kekal komited mempertahankan Institusi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah sebagai lambang perpaduan rakyat, kestabilan negeri dan kelangsungan sistem demokrasi berperlembagaan. Setiausaha Badan Perhubungan UMNO…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MADANI membina jiwa bangsa

MADANI membina jiwa bangsa

Isu eksport pasir wajar dilihat dari sudut teknikal

Isu eksport pasir wajar dilihat dari sudut teknikal

80 tahun UMNO: Teguh pertahan institusi Diraja, kesejahteraan rakyat Sabah

80 tahun UMNO: Teguh pertahan institusi Diraja, kesejahteraan rakyat Sabah

Peruntukan RM500,000 naik taraf jambatan Taman Yik King legakan penduduk

Peruntukan RM500,000 naik taraf jambatan Taman Yik King legakan penduduk

‘Empowering Women’ penggerak pembangunan keluarga, masyarakat – Rina

‘Empowering Women’ penggerak pembangunan keluarga, masyarakat – Rina

Simpanan persaraan lebih terjamin dengan i-Legasi, i-Emas

Simpanan persaraan lebih terjamin dengan i-Legasi, i-Emas