Isu eksport pasir wajar dilihat dari sudut teknikal

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang menggesa semua pihak melihat isu pengurusan dan pengeluaran pasir di Sungai Pahang melalui perspektif ilmiah dan teknikal, bukannya dijadikan modal politik yang mengelirukan rakyat.

Ketua Pemuda UMNO Pahang, Kamil Ibrahim berkata, aktiviti pengeluaran pasir adalah langkah strategik dalam pengurusan sungai bagi mengurangkan risiko bencana dan memulihkan ekosistem ekonomi setempat.

Menurutnya, keadaan Sungai Pahang yang semakin cetek akibat mendapan pasir secara semula jadi menjejaskan aliran air, terutamanya di kawasan hilir seperti bandar Pekan.

“Sungai yang cetek menyebabkan aliran air perlahan dan meningkatkan risiko banjir. Malah, muara sungai yang tersumbat dengan pasir mengakibatkan tempoh banjir menjadi lebih lama kerana air sukar mengalir ke laut,” jelasnya.

Isu ini turut memberi kesan langsung kepada komuniti nelayan yang terpaksa bergantung kepada pasang surut air untuk turun ke laut, sekali gus menjejaskan punca pendapatan mereka.

Mengulas mengenai dakwaan pihak tertentu yang mengaitkan isu tersebut semata-mata dengan aktiviti pembalakan, beliau menyifatkan kenyataan sedemikian sebagai tidak tepat.

Jelasnya, mendapan pasir adalah proses geografi semula jadi jangka panjang yang memerlukan intervensi manusia secara terkawal.

Beliau turut menekankan pasir yang dikeluarkan dan diuruskan secara sah boleh menjana hasil negeri, yang kemudiannya dipulangkan semula kepada rakyat melalui pembangunan dan program kebajikan.

Dalam masa sama, Kamil memberi peringatan mengenai kebebasan bersuara yang tidak seharusnya disalahgunakan untuk menyebarkan kebencian atau memutarbelitkan fakta teknikal.

Beliau berharap pihak Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia memantau akaun media sosial yang sengaja memainkan sentimen sensitif, termasuk elemen 3R (kaum, agama, raja) berkaitan isu ini.

“Tindakan tegas wajar diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati sengaja menimbulkan kegusaran awam dan menggugat keharmonian melalui maklumat tidak sahih,” tambahnya.

Related Posts

80 tahun UMNO: Teguh pertahan institusi Diraja, kesejahteraan rakyat Sabah

TAWAU – UMNO Sabah kekal komited mempertahankan Institusi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah sebagai lambang perpaduan rakyat, kestabilan negeri dan kelangsungan sistem demokrasi berperlembagaan. Setiausaha Badan Perhubungan UMNO…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan RM500,000 naik taraf jambatan Taman Yik King legakan penduduk

SUNGAI SIPUT – Kebimbangan penduduk Taman Yik King, Jalong, di sini yang sekian lama berdepan isu keselamatan jambatan besi di kawasan berkenaan bakal berakhir apabila Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MADANI membina jiwa bangsa

MADANI membina jiwa bangsa

Isu eksport pasir wajar dilihat dari sudut teknikal

Isu eksport pasir wajar dilihat dari sudut teknikal

80 tahun UMNO: Teguh pertahan institusi Diraja, kesejahteraan rakyat Sabah

80 tahun UMNO: Teguh pertahan institusi Diraja, kesejahteraan rakyat Sabah

Peruntukan RM500,000 naik taraf jambatan Taman Yik King legakan penduduk

Peruntukan RM500,000 naik taraf jambatan Taman Yik King legakan penduduk

‘Empowering Women’ penggerak pembangunan keluarga, masyarakat – Rina

‘Empowering Women’ penggerak pembangunan keluarga, masyarakat – Rina

Simpanan persaraan lebih terjamin dengan i-Legasi, i-Emas

Simpanan persaraan lebih terjamin dengan i-Legasi, i-Emas