Tangguh semua program riadah di kawasan bukit, air terjun

KUANTAN – Bomba Pahang menasihatkan semua peminat aktiviti riadah membabitkan kawasan gunung dan air terjun untuk menangguhkan perancangan mereka buat sementara waktu.

Ini kerana keadaan cuaca tidak menentu berikutan peralihan monsun yang berlaku ketika ini.

Pengarahnya, Datuk Ir Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, peringatan itu dibuat bagi mengelak daripada berlaku insiden tidak diingini.

“Kalau boleh tangguh, tangguhlah dulu sebab sekarang ini perubahan cuaca sukar kita baca.

“Kalau yang mendaki gunung, mungkin berlaku hujan lebat dan tanah runtuh… manakala yang beriadah di kawasan air terjun pula, mungkin berlaku fenomena kepala air.

“Walaupun kalau ikut jangkaan, Monsun Timur Laut bermula awal bulan depan, tapi keadaan cuaca ketika ini mudah berubah-ubah, jadi kita nasihatkan cuba tangguh dahulu aktiviti seumpama itu,” katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan penutupan Latihan Pengurusan Bencana membabitkan pelbagai agensi di kawasan perindustrian Gebeng.

Mengulas mengenai kejadian banjir di sekitar daerah Temerloh sejak malam tadi, Wan Mohammad Zaidi berkata, ia berpunca aliran air Sungai Semantan yang melimpah ke kawasan Lanchang, Mentakab dan Batu Kapur.

Bagaimanapun, katanya, keadaan itu sudah semakin pulih berikutan cuaca bertambah baik sepanjang hari ini.

“Banjir di kawasan Pahang Tengah ketika ini berikutan hujan lebat sejak hujung minggu lalu di Janda Baik dan seterusnya ke Lanchang dan Mentakab.

“Keadaan paras air Sungai Semantan, dekat Temerloh juga tidak begitu besar, jadi kita jangka keadaan banjir di sana akan beransur pulih,” jelasnya.

Sementara itu, mengulas mengenai kejadian seorang pendaki wanita yang cedera parah di Gunung Tahan, dekat Jerantut, awal pagi semalam pula, Wan Mohammad Zaidi memaklumkan usaha untuk membawa keluar mangsa sedang diatur dengan kerjasama agensi berkaitan.

“Mangsa adalah seorang wanita berusia 40-an dan dipercayai mengalami cedera patah pada bahagian pinggang akibat dihempap pokok tumbang.

“Saya dimaklumkan, mangsa sedang tidur ketika kejadian itu.

“Kita sedang berusaha untuk membawa keluar mangsa dari lokasi kejadian, mungkin kita memerlukan perkhidmatan udara kerana jika menggunakan jalan darat, ambil masa kira-kira dua hari untuk sampai ke lokasi mangsa berada ketika ini,” katanya.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu