Kerajaan catat prestasi kewangan lebih baik tahun lalu

PUTRAJAYA – Kerajaan Persekutuan mencatatkan prestasi kewangan lebih baik pada 2023 dengan peningkatan lebihan hasil sejumlah RM2.028 bilion dan penurunan defisit sejumlah RM8.595 bilion berbanding tahun sebelumnya.

Ini menjadikan nisbah defisit negara kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lalu menurun kepada 5.0 peratus berbanding 5.5 peratus pada 2022, menurut Laporan Ketua Audit Negara 3/2023 mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2023 yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat, hari ini.

“Baki defisit Kumpulan Wang Pembangunan sejumlah RM10.217 bilion menunjukkan penurunan sejumlah RM1.734 bilion (14.5 peratus) berbanding RM11.951 bilion pada tahun 2022.

“Bagaimanapun, kerajaan Persekutuan perlu memberi perhatian terhadap trend peningkatan liabiliti persekutuan yang terdiri daripada hutang persekutuan dan liabiliti kewangan yang meningkat sejumlah RM92.038 bilion (6.6 peratus) kepada RM1.492 trilion berbanding RM1.400 trilion pada tahun 2022,” kata laporan itu.

Selain itu, laporan Ketua Audit Negara turut mendedahkan komitmen jaminan kerajaan Persekutuan terhadap 13 syarikat meningkat sejumlah 1.5 peratus tahun-ke-tahun kepada RM3.288 bilion pada 2023 berbanding RM224.116 bilion pada 2022.

Dividen diterima oleh kerajaan Persekutuan menunjukkan penurunan ketara sejumlah RM9.756 bilion (17.5 peratus) berbanding sejumlah RM55.815 bilion pada tahun sebelumnya.

Berhubung pengurusan liabiliti Persekutuan, laporan tersebut menunjukkan trend peningkatan dengan nisbah liabiliti Persekutuan kepada KDNK meningkat kepada 81.8 peratus berbanding 78.0 peratus pada 2022.

Nisbah hutang Persekutuan kepada KDNK bagi 2023 pada kedudukan 64.3 peratus juga meningkat berbanding 60.2 peratus pada tahun sebelumnya manakala, nisbah statutori hutang kepada KDNK adalah 62.1 peratus pada 2023 berbanding 57.5 peratus pada 2022, menurut laporan itu.

“Jabatan Audit Negara (JAN) mengambil maklum inisiatif yang dilaksanakan kerajaan bagi memastikan pengurusan hutang Persekutuan yang berhemat, terutamanya menerusi pembaharuan fiskal dengan kelulusan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 [Akta 850] di Parlimen pada 11 Oktober 2023.

“Kerajaan Persekutuan juga mengambil langkah rasionalisasi dan konsolidasi defisit secara berperingkat dengan unjuran defisit fiskal kepada 4.3 peratus kepada KDNK pada tahun 2024,” katanya.

Related Posts

Purata gaji rakyat Malaysia naik 4.1 peratus kepada RM3,803 pada 2025 – DOSM

PUTRAJAYA – Pasaran buruh Malaysia terus mencatat perkembangan positif dengan jumlah penerima gaji dan upah bulanan meningkat kepada 12.01 juta orang pada 2025 berbanding 11.96 juta orang pada 2024. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengguna tidak lagi gunakan BNPL membeli barangan bernilai tinggi

KUALA LUMPUR – Transaksi Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) yang kini banyak digunakan bagi perbelanjaan kecil, bukan lagi tertumpu pembelian barangan bernilai tinggi membuktikan kemudahan itu menjadi pilihan pengguna untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET