Pemandu Maxim nikmati potongan 40 peratus kos penyelenggaraan

KUCHING – Syarikat e-hailing terkemuka Maxim E-hailing mengumumkan inisiatif baharu kepada pemandu Maxim di Sarawak untuk menikmati potongan harga sehingga 40 peratus bagi kos penyelenggaraan kereta.

Difahamkan inisiatif ini dilancarkan kerana berlakunya peningkatan 10 peratus dalam kos penyelenggaraan kereta sepanjang 2024 yang memerlukan penyelenggaraan lebih dua kali setahun.

Kerjasama antara Maxim dengan bengkel tempatan di Kuching, Sibu, Bintulu, dan Miri ini bertujuan meringankan beban kewangan pemandu selain meningkatkan mutu perkhidmatan e-hailing.

“Kami menghargai usaha gigih pemandu rakan kongsi dalam mendapatkan pendapatan tambahan, dan melalui kerjasama ini, mereka boleh mendapatkan harga mampu milik sambil memastikan kualiti kenderaan mereka terjaga,” kata Pembangunan Wilayah Maxim Malaysia Ahmad Shabrie.

Pemandu yang layak boleh menikmati diskaun selama setahun bermula Oktober 2024 dengan hanya menunjukkan aplikasi Maxim di enam bengkel yang terlibat di Sarawak.

Diskaun termasuk potongan 30 peratus untuk pembaikan tayar dan 40 peratus untuk minyak enjin.

Pengarah Pasar Mini Jimat Tayar, Wong Siong Sing, menyatakan kerjasama ini bukan sahaja menguntungkan pemandu rakan kongsi tetapi juga industri automotif secara keseluruhan.

“Usaha ini dapat membantu meningkatkan kualiti kereta dan seterusnya meningkatkan kualiti perkhidmatan,” kata Wong lagi.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP