2,306 angka korban terkini Lubnan, Haifa ‘dihujani’ dron Hizbullah

BEIRUT – Angka kematian akibat serangan Israel ke atas Lubnan sejak Oktober lalu meningkat kepada 2,306, dengan 10,698 yang lain cedera, kata Kementerian Kesihatan Lubnan pada Ahad.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata 51 orang terbunuh dan 174 yang lain cedera dalam tempoh 24 jam yang lalu, lapor Anadolu.

Selain itu, tentera Hizbullah telah melancarkan serangan dron terbaharu menyasarkan bandar Haifa, utara Israel, dan menyebabkan sekurang-kurangnya 67 pendatang haram Israel serta empat lagi kritikal lapor radio Israel pada Ahad.

Akhbar harian Israel Hayom juga melaporkan bahawa sejumlah besar rakyat Israel cedera akibat letupan dron di bandar Binyamina di Haifa dan tiada sebarang bunyi siren didengari ketika serangan berlaku.

Dalam satu kenyataan, kumpulan Hizbullah Lubnan mengesahkan bahawa mereka telah melancarkan sejumlah dron serangan di kem latihan menyasarkan Briged Golani di Binyamina, selatan Haifa.

Radio Tentera Israel turut berkata, bahawa tentera telah membuka siasatan ke atas kegagalan untuk mengaktifkan siren apabila dron itu memasuki kawasan utara Israel.

Related Posts

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

NEW YORK – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, menegaskan dunia mesti segera memulakan pembinaan semula Semenanjung Gaza yang musnah akibat serangan berterusan Israel. “Kita mesti memulakan pembinaan semula Semenanjung Gaza…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS arah operasi semua syarikat penerbangan Iran dihentikan mulai 23 September

WASHINGTON – Semua operasi syarikat penerbangan Iran di seluruh dunia akan dihentikan mulai 23 September ini, menurut Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Scott Bessent. CNBC melaporkan pada Isnin bahawa Bessent…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gabung tiga acara utama, edisi sulung SLF 2026 sasar 50,000 pengunjung di Miri

Gabung tiga acara utama, edisi sulung SLF 2026 sasar 50,000 pengunjung di Miri

Lima kereta plat palsu jadi ‘stor’ rokok seludup

Lima kereta plat palsu jadi ‘stor’ rokok seludup

Sarawak sasar jadi pengeksport idea global, Miri intai pengiktirafan Bandar Kreatif UNESCO

Sarawak sasar jadi pengeksport idea global, Miri intai pengiktirafan Bandar Kreatif UNESCO

Jangan heret institusi raja dalam percaturan politik – Fadhlina

Jangan heret institusi raja dalam percaturan politik – Fadhlina

Malaysia-China bukan sekadar diplomasi, hubungan berasaskan kepercayaan – Anwar

Malaysia-China bukan sekadar diplomasi, hubungan berasaskan kepercayaan – Anwar

Subsidi elektrik Sabah perlu ditambah susulan kenaikan kos diesel

Subsidi elektrik Sabah perlu ditambah susulan kenaikan kos diesel