AS arah operasi semua syarikat penerbangan Iran dihentikan mulai 23 September

WASHINGTON – Semua operasi syarikat penerbangan Iran di seluruh dunia akan dihentikan mulai 23 September ini, menurut Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Scott Bessent.

CNBC melaporkan pada Isnin bahawa Bessent membuat kenyataan itu ketika mengulas mengenai sekatan AS terhadap sektor penerbangan Iran.

Perkembangan berkenaan berlaku kira-kira dua minggu selepas Jabatan Perbendaharaan AS menyenaraikan 27 syarikat penerbangan Iran di bawah rejim sekatan negara itu.

Washington pada masa sama memberi amaran bahawa syarikat dan individu yang menyediakan perkhidmatan kepada syarikat penerbangan Iran yang dikenakan sekatan boleh berdepan tindakan sama, termasuk sekatan akses kepada sistem kewangan AS.

Dalam temu bual dengan CNBC, Bessent turut ditanya mengenai tempoh konflik ketenteraan dengan Republik Islam Iran.

Beliau berkata tidak dapat menjangkakan bila konflik berkenaan akan berakhir.

Dalam perkembangan berkaitan, Bessent mendedahkan bahawa AS turut mengadakan perbincangan dengan pegawai China berhubung isu Iran.

Menurutnya, China dilihat “sangat terlibat” dalam usaha berkaitan isu Iran.

Perkembangan itu berlaku menjelang lawatan Presiden China, Xi Jinping ke AS serta pertemuannya dengan Presiden AS, Donald Trump.

Sebelum ini, Bessent berkata dalam perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng, beliau berusaha meletakkan asas bagi rundingan antara Trump dan Xi berhubung isu Iran serta sekatan Washington terhadap Tehran.

Related Posts

Gerbang Kemenangan jadi Kompleks Ketenteraan – Trump

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan pembinaan gerbang kemenangan berhampiran Washington akan turut berfungsi sebagai ‘kompleks ketenteraan’. Ia akan menempatkan dron dan penembak tepat, menjadikannya projek pembinaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

NEW DELHI – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan di sela-sela majlis makan malam bersempena dengan Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 untuk berbincang dengan beberapa pemimpin dunia mengenai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes khianat di Sri Aman, lelaki 36 tahun ditahan

Kes khianat di Sri Aman, lelaki 36 tahun ditahan

UNIMAS julung kali tuan rumah SAKAT, perkasa persuratan serantau

UNIMAS julung kali tuan rumah SAKAT, perkasa persuratan serantau

“Kenangan di Sungai Buloh” – Anwar kongsi momen bertemu keluarga di sebalik kaca

“Kenangan di Sungai Buloh” – Anwar kongsi momen bertemu keluarga di sebalik kaca

Rakyat Malaysia makan lebih 32kg ayam dan unggas setahun, antara tertinggi dunia

Rakyat Malaysia makan lebih 32kg ayam dan unggas setahun, antara tertinggi dunia

AS arah operasi semua syarikat penerbangan Iran dihentikan mulai 23 September

AS arah operasi semua syarikat penerbangan Iran dihentikan mulai 23 September

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz