PM doakan Ustaz Wadi Annuar segera sembuh selepas kemalangan

DATUK Seri Anwar Ibrahim mendoakan pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar, dikurniakan kesembuhan segera selepas terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke Gerik awal pagi tadi.

Perdana Menteri berharap segala urusan rawatan pendakwah itu dipermudahkan Allah SWT, selain dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian berkenaan.

“Semoga Ustaz segera pulih dan kembali berbakti menyampaikan ilmu serta dakwah kepada masyarakat,” katanya menerusi hantaran di media sosial pada Jumaat.

Anwar turut menzahirkan doa agar Allah SWT mempermudah segala urusan rawatan dan memberikan kekuatan kepada pendakwah berkenaan sepanjang tempoh pemulihan.

Terdahulu, Ustaz Wadi Annuar terlibat dalam kemalangan berhampiran di kawasan Air Banun, Tasik Banding awal pagi tadi.

Beliau kini sedang menerima rawatan di Hospital Gerik dan mengalami kesakitan di dada, perut dan lutut, namun keadaannya dilaporkan stabil.

Related Posts

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menyiasat dakwaan platform media sosial gagal menghalang penstriman langsung insiden serangan terhadap seorang guru wanita di sebuah sekolah antarabangsa di Sarawak,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

JEREBU yang melanda negara-negara ASEAN telah berlarutan cukup lama. Hal ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan rakyat, malah turut menghambat aktiviti harian rakyat di pelbagai negara. Semuanya berpunca daripada kebakaran hutan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi