Henti sebar rakaman insiden sekolah, lindungi kanak-kanak – MHAS

KUCHING – Orang ramai digesa menghentikan penyebaran rakaman insiden di sebuah sekolah di Kuching bagi melindungi privasi, maruah dan kesejahteraan emosi kanak-kanak serta semua pihak yang terkesan.

Persatuan Kesihatan Mental Sarawak (MHAS) Cawangan Kuching berkata, pihaknya menyokong seruan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada 22 Oktober lalu supaya rakaman berkenaan tidak terus disebarkan melalui media sosial.

Menurutnya, penyebaran rakaman insiden itu boleh menjejaskan kesejahteraan individu yang terlibat, termasuk mereka yang cedera, murid, warga sekolah serta keluarga masing-masing.

“Jangan muat naik atau kongsi semula rakaman insiden. Jangan sebarkan nama, wajah, akaun media sosial atau maklumat yang boleh mengenal pasti kanak-kanak.

“Jika telah berkongsi rakaman tersebut, padamkan hantaran berkenaan dan jangan sebarkannya lagi,” menurut kenyataan persatuan itu pada Khamis.

MHAS turut mengingatkan masyarakat supaya mengelakkan sebarang andaian, kecaman atau tindakan melabel individu yang terlibat sebelum siasatan pihak berkuasa selesai.

Menurut persatuan itu, perkongsian berita, video atau dokumen yang memperincikan cara kejadian berlaku juga wajar dielakkan kerana kandungan sedemikian dikhuatiri boleh mendorong perbuatan meniru dalam kalangan individu tertentu.

Sebaliknya, masyarakat digalakkan berkongsi maklumat berkaitan keselamatan diri, sokongan emosi dan saluran mendapatkan bantuan.

Dalam pada itu, MHAS menekankan kepentingan peranan ibu bapa dan penjaga dalam membantu anak-anak memahami kejadian berkenaan tanpa menambahkan tekanan emosi mereka.

Menurutnya, ibu bapa perlu menyediakan ruang komunikasi yang terbuka, mendengar kebimbangan anak-anak tanpa menghakimi serta memberikan penjelasan yang bersesuaian dengan usia.

“Luangkan masa untuk berbual secara terbuka dan tenang dengan anak-anak. Tanyakan apa yang mereka ketahui dan perkara yang membimbangkan mereka.

“Dengar tanpa menghakimi, tunjukkan bahawa anda memahami perasaan mereka dan berikan penjelasan yang sesuai dengan usia,” menurut kenyataan itu.

MHAS turut menasihatkan ibu bapa supaya tidak memaksa anak-anak menceritakan pengalaman atau kebimbangan mereka sekiranya belum bersedia.

Selain itu, penggunaan media sosial perlu dipantau bagi mengelakkan kanak-kanak daripada menonton, mencari, menyimpan atau berkongsi semula rakaman berunsur keganasan.

Persatuan itu berkata, ibu bapa juga perlu peka terhadap perubahan emosi dan tingkah laku anak-anak, termasuk keresahan melampau, gangguan tidur, ketakutan berpanjangan atau keengganan hadir ke sekolah.

Sekiranya perubahan berkenaan mengganggu kehidupan harian, bantuan daripada kaunselor sekolah atau profesional kesihatan wajar diperoleh bagi memastikan sokongan yang bersesuaian dapat diberikan.

MHAS turut menggesa masyarakat memberikan ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan, selain menghormati keperluan individu yang terkesan untuk menerima bantuan serta sokongan.

“Keprihatinan tidak memerlukan perkongsian video. Kita boleh membantu dengan menjaga privasi, mendengar dan menunjukkan empati,” menurut kenyataan itu.

Related Posts

Kerjasama industri buka laluan kerjaya, lagi 20 graduan Sabah raih kerja di Johor

KOTA KINABALU – Seramai 20 graduan Program Certificate in Precision Micro-Soldering & Electronics Technopreneurship menerima tawaran pekerjaan di Johor sejurus menamatkan latihan kemahiran sekali gus membuktikan kerjasama industri mampu membuka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DUN Sarawak dibubar 26 Oktober, laluan PRN Ke-13 dibuka

KUCHING – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 akan dibubarkan berkuat kuasa Isnin, 26 Oktober 2026, sekali gus membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13. Premier Sarawak, Tan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi