Insiden sekolah swasta di Kuching: Polis rakam keterangan 24 individu

KUCHING – Polis telah merakam percakapan 24 individu bagi membantu siasatan berhubung insiden yang dilaporkan berlaku di sebuah sekolah swasta di Kuching.

Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Saifullizan Ishak berkata, tindakan itu dilaksanakan setakat Khamis bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

Menurutnya, individu yang dirakam percakapan termasuk pengadu, mangsa, pegawai perubatan, ibu bapa suspek, pemandu keluarga, pihak sekolah dan pelajar.

“Seramai 24 orang telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan, termasuk pegawai yang terlibat dalam tindakan tangkapan dan rampasan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Saifullizan berkata, suspek kini masih menerima rawatan di hospital dan tindakan siasatan diteruskan dengan mengambil kira keadaan kesihatannya.

Menurutnya, sebarang tindakan lanjut terhadap suspek tertakluk kepada nasihat serta penilaian pegawai perubatan, selain memastikan semua prosedur undang-undang yang berkuat kuasa dipatuhi.

“PDRM ingin menegaskan bahawa siasatan dijalankan secara profesional, teliti dan menyeluruh dengan mengambil kira semua keterangan serta bukti yang berkaitan.

“Sebarang tindakan lanjut akan dilaksanakan berdasarkan fakta yang diperoleh dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.

Dalam pada itu, Saifullizan berkata, pihak polis turut memberikan perhatian serius terhadap sensitiviti semua pihak, khususnya kebajikan mangsa dan pelajar yang terlibat.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya menghormati privasi mereka dan tidak menyebarkan identiti, gambar atau maklumat peribadi yang boleh membawa kepada pengenalpastian individu terbabit, terutama mereka yang masih di bawah umur.

Beliau menegaskan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak komited memastikan siasatan dilaksanakan secara adil, objektif dan berlandaskan kedaulatan undang-undang.

Related Posts

Kerjasama industri buka laluan kerjaya, lagi 20 graduan Sabah raih kerja di Johor

KOTA KINABALU – Seramai 20 graduan Program Certificate in Precision Micro-Soldering & Electronics Technopreneurship menerima tawaran pekerjaan di Johor sejurus menamatkan latihan kemahiran sekali gus membuktikan kerjasama industri mampu membuka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DUN Sarawak dibubar 26 Oktober, laluan PRN Ke-13 dibuka

KUCHING – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 akan dibubarkan berkuat kuasa Isnin, 26 Oktober 2026, sekali gus membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13. Premier Sarawak, Tan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi