Empat pelajar tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah ditemukan selamat di Bangi

“ALHAMDULILLAH syukur. Anak saya bersama tiga kawannya selamat ditemukan.”

Demikian luahan rasa syukur Rasidi Othman, bapa kepada pelajar sekolah Darul Quran Ittifaqiyah, Muhammad Abdul Razak yang disyaki hilang sebelum ini.

Rasidi berkata, anaknya dan tiga lagi pelajar berada dalam pengawasan pihak polis.

Katanya, dia turut dimaklumkan bahawa kesemua pelajar tersebut dijumpai di Bangi, Selangor.

“Saya harap tuan (media) dapat tolong uar-uarkan dan memberi tahu kepada semua bahawa kes pelajar yang hilang ini sudah selesai,” katanya memetik Sinar Harian pada Jumaat.

Rasidi berkata, kejadian ini merupakan satu ujian kepada dirinya dan keluarga, namun ada hikmah di sebaliknya.

Jelasnya, masih ramai orang di luar sana yang diuji dengan dugaan yang jauh lebih berat daripadanya.

Menurutnya, semua kejadian yang berlaku perlu dilihat sebagai satu ‘hikmah’ daripada Yang Maha Esa.

Namun katanya, dia bernasib baik apabila Allah telah mengakhiri ujian kepadanya apabila semuanya sudah selesai.

“Inilah nikmat hamba yang sentiasa bergantung kepada Yang Maha Esa dan mungkin ia ujian saya akan datang, kita tidak tahu.

“Malah daripada kejadian ini, kita dapat berkenalan atas semua aturan-Nya,” ujarnya.

Ditanya mengenai kejadian berlaku, Rasidi berkata, dia sekeluarga bersama pihak sekolah tahfiz telah melakukan pencarian pada Isnin, hari kehilangan keempat-empat pelajar tersebut.

Tambahnya, usaha pencarian turut dilakukan bersama beberapa kenalan daripada kalangan polis peronda.

“Bila sudah tidak jumpa, baru pihak tahfiz membuat laporan polis pada Selasa,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihak polis akan memaklumkan perkembangan terkini kes kehilangan pelajar tersebut dalam masa terdekat.

Related Posts

Unit K9 benteng negara kesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo KLIA
  • AdenAden
  • August 18, 2026

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa kini menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan Hidupan Liar (K9) bagi mengesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabang Sepang (KLIA) dekat sini. Penggunaan khidmat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

PUTRAJAYA – Pengumuman kerajaan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) disifatkan sebagai satu perkembangan bersejarah yang membuka lembaran baharu kepada perjuangan demokrasi kampus dan autonomi mahasiswa di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Unit K9 benteng negara kesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo KLIA

  • By Aden
  • August 18, 2026
Unit K9 benteng negara kesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo KLIA

Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

Rokok, arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

Rokok, arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti