Lima premis guna alat ganti, aksesori telefon bimbit tiruan diserbu KPDN Perak

IPOH – Hasil aduan oleh wakil cap dagang kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perak membawa hasil kepada penyitaan alat ganti serta aksesori telefon bimbit tiruan membabitkan lima buah premis di sekitar negeri ini dengan nilai rampasan sebanyak RM26,430.

Menurut Pengarah KPDN Negeri Perak, Datuk Kamalludin Ismail, serbuan dilakukan sekitar minggu ini di lima premis perniagaan dekat Ipoh, Sitiawan dan Taiping.

“Serbuan dilakukan hasil aduan oleh wakil pemilik cap dagang yang mengadu terdapat penjualan alat ganti dan aksesori telefon bimbit berjenama terkenal yang disyaki tiruan di premis berkenaan.

“KPDN Perak menjalankan operasi membanteras penjualan, pengedaran barang tiruan melibatkan jenama Huawei dan Samsung,” katanya.

Jelas beliau, hasil pemeriksaan menemui sebanyak 517 unit alat ganti telefon bimbit dan 518 unit aksesori yang kesemuanya disyaki menggunakan cap dagangan berjenama digunakan dengan salah pada barangan tersebut.

Tambahnya, wakil syarikat cap dagangan telah melakukan pengesahan awal ke atas barangan terbabit dan disyaki premis itu melakukan kesalahan di bawah Akta Cap Dagangan 2019.

Disebabkan mempunyai dalam millikan, jagaan atau kawalannya bagi maksud perdagangan atau pengilangan apa-apa barang yang suatu cap dagangan berdaftar yang dipakaikan dengan salah di bawah Seksyen 100 iaitu kesalahan yang disyaki telah dilakukan di bawah Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019.

“Kesemua barangan dan dokumen telah disita untuk siasatan lanjut. Nilai rampasan keseluruhan melibatkan lima premis dianggarkan bernilai RM26,430.

“Kes akan disiasat bawah Akta Cap Dagangan 2019,” katanya pada Jumaat.

Tegas beliau lagi, selain menjaga hak pengguna,KPDN memandang serius dalam melindungi hak pemilik cap dagang melalui pemantauan dan risikan berterusan ke atas premis yang menjual barangan berjenama.

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

KUCHING – Buat julung kalinya, Sarawak Water Sdn Bhd tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000 kepada pihak Baitulmal Sarawak. Majlis penyerahan yang penuh bermakna itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat