Nilai dagangan Malaysia – Kanada cecah RM8.05 bilion

PUTRAJAYA – Kerjasama ekonomi Malaysia-Kanada semakin kukuh dengan perdagangan dua hala mencecah RM8.05 bilion setakat Ogos lalu, meningkat sebanyak 41 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Perdagangan dua hala melonjak sebanyak 25 peratus selepas Kanada menyertai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), katanya menurut satu kenyataan media.

MITI berkata, CPTPP turut membuka akses bebas duti bagi perdagangan barangan antara kedua-dua negara, sekali gus menghapuskan tarif untuk eksport utama Kanada.

“Peningkatan ini dipacu kenaikan eksport Malaysia ke Kanada sebanyak 68.1 peratus dan import dari Kanada sebanyak 16.8 peratus dengan sektor utama seperti teknologi bersih, pertanian dan aeroangkasa terus menjadi penyumbang utama kepada hubungan perdagangan yang lebih erat,” kata kenyataan itu seperti dilapor Bernama.

Sementara itu, MITI berkata industri halal turut membuka peluang kerjasama baharu antara Malaysia dan Kanada.

Katanya, pasaran halal Kanada yang bernilai 1 bilion dolar Kanada (RM3.1 bilion) menawarkan potensi besar kepada pengeluar Malaysia terutamanya dalam produk makanan dan minuman.

“Dengan lebih 1.15 juta penduduk Muslim di Kanada, permintaan terhadap produk halal semakin meningkat.

“Malaysia boleh memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan pasaran ini melalui kerjasama strategik dan peningkatan pelaburan dalam industri halal, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia dalam industri global ini,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya dari Kanada, Justin Trudeau di luar Sidang Kemuncak Asean ke-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan di Vientiane, semalam.

Related Posts

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

KUALA LUMPUR – Malaysia kekal dengan dasar tidak berpihak secara aktif dengan mengekalkan hubungan kerja bersama semua rakan dagang utama, sekaligus meletakkan negara sebagai rakan yang stabil dalam rantaian bekalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

KUANTAN – Sebanyak RM28.8 juta diperuntukkan menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk projek dan program pembangunan industri halal kepada agensi berkaitan, kata Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kempen Internet Selamat diperkasa, tekankan literasi digital dan keselamatan siber

Kempen Internet Selamat diperkasa, tekankan literasi digital dan keselamatan siber

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS