Sekolah di Kuantan, Pekan, Rompin tutup esok

KUANTAN – Semua institusi pendidikan di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang iaitu di daerah ini, Rompin dan Pekan ditutup esok.

JPN Pahang dalam kenyataan media hari ini, memaklumkan bahawa jabatan itu mengutamakan keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid, guru serta seluruh warga pendidikan dalam menghadapi keadaan semasa jerebu.

Beliau berkata, penutupan itu berdasarkan keadaan semasa jerebu serta pemantauan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU).

“Sepanjang tempoh penutupan, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) hendaklah dilaksanakan melalui kaedah yang bersesuaian dengan mengambil kira kemampuan, akses dan keperluan murid serta kesiapsiagaan guru.

“Bagaimanapun, peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan diteruskan mengikut jadual yang ditetapkan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta langkah keselamatan yang berkuat kuasa.

“Calon dan petugas peperiksaan hendaklah merujuk makluman serta arahan lanjut daripada pihak sekolah, pusat peperiksaan dan saluran rasmi JPN Pahang,” menurut kenyataan hari ini.

JPN Pahang memaklumkan semua institusi pendidikan hendaklah memantau perkembangan bacaan IPU secara berterusan melalui portal rasmi Jabatan Alam Sekitar, Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia serta mematuhi arahan dan garis panduan Kementerian Pendidikan, Jabatan Alam Sekitar dan Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa.

Katanya, aktiviti luar hendaklah dihadkan bagi mengurangkan pendedahan murid dan warga pendidikan kepada udara tidak sihat.

JPN Pahang turut mengingatkan pihak sekolah, ibu bapa dan penjaga mengenai tiga perkara penting iaitu pemakaian pelitup muka digalakkan.

“Murid yang hadir ke sekolah termasuk bagi menduduki peperiksaan yang diteruskan, digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah menjaga kesihatan. Ibu bapa dan penjaga boleh memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah apabila IPU mencapai 150 dan ke atas.

“Bagi sekolah yang masih beroperasi, ibu bapa dan penjaga hendaklah memaklumkan keputusan tersebut kepada pihak sekolah. Calon STAM dan STPM hendaklah merujuk arahan khusus berkaitan kehadiran peperiksaan,” menurut kenyataan itu.

JPN Pahang turut memaklumkan penutupan automatik apabila IPU mencapai 180 dan ke atas menjelang hari berikutnya.

“Jika sekolah diumumkan beroperasi seperti biasa tetapi bacaan IPU kemudiannya mencapai tahap tersebut menjelang hari berikutnya, sekolah berkenaan ditutup secara automatik dan Pengarah JPN Pahang akan membuat pemakluman segera.

“Pelaksanaan STAM dan STPM adalah tertakluk pada arahan khusus peperiksaan yang dimaklumkan.

“Sebarang perubahan status pengoperasian dan pembukaan semula institusi pendidikan akan dimaklumkan melalui saluran rasmi JPN Pahang serta Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing berdasarkan perkembangan semasa dan tahap keselamatan.

“JPN Pahang akan meneruskan pemantauan bersama PPD Rompin, PPD Pekan, PPD Kuantan dan agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan seluruh warga Pendidikan,” kata kenyataan itu.

  • Related Posts

    Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

    KUCHING – Peruntukan RM1.5 bilion bagi bantuan orang kurang upaya (OKU) serta penambahbaikan sokongan pendidikan khas dalam Belanjawan 2027 mencerminkan komitmen kerajaan memastikan golongan itu dan keluarga mereka terus mendapat…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

    USAHA memperkasakan pendidikan digital selari dengan aspirasi Belanjawan MADANI 2027 turut mendapat sokongan menerusi inisiatif TAVIS Education yang menyediakan kemudahan pembelajaran secara percuma bagi membantu pelajar menguasai pelajaran dengan lebih…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

    Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

    PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

    PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

    TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

    TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

    Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

    • By Fatin
    • October 13, 2026
    Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

    Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

    • By Fatin
    • October 13, 2026
    Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

    Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari

    Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari