100 pelajar IPT hasilkan inventori 140 bangunan warisan Kuching

KUCHING – Seramai 100 pelajar daripada tiga institusi pengajian tinggi (IPT) berjaya menghasilkan inventori bagi 140 buah bangunan warisan di Kuching Lama menerusi program Heritage Future: Voices of Old Kuching – Architectural Heritage Student Inventory 2026.

Inventori komprehensif tersebut merangkumi 100 rumah kedai bersejarah dan 40 rumah tradisional Melayu yang didokumentasikan sepanjang program itu berlangsung, bermula 7 hingga 13 Oktober.

Penasihat Old Kuching Smart Heritage (OKSHE), Datuk Dr Sabariah Putit berkata, usaha berkenaan direalisasikan bagi mencapai hasrat mendokumentasikan khazanah seni bina Kuching Lama secara lebih sistematik.

“Dokumentasi warisan bukan hanya berkaitan struktur fizikal bangunan, malah ia turut merangkumi identiti budaya, sejarah kehidupan dan memori kolektif masyarakat yang membentuk keunikan kawasan berkenaan,” katanya.

Menurut beliau, kerja inventori lapangan tersebut telah dilaksanakan secara intensif selama tiga hari bermula 11 hingga 13 Oktober.

Sebagai rekod, program itu merupakan antara inisiatif strategik OKSHE dan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), serta mendapat sokongan kepakaran daripada Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) dan ICOMOS Malaysia. 

Pelajar yang terlibat pula terdiri daripada penuntut UNIMAS, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Swinburne University of Technology Kampus Sarawak.

Penyediaan inventori rumah tradisional Melayu memfokuskan kepada lapan buah perkampungan bersejarah, iaitu Kampung Masjid, Kampung Bintangor Kecil, Kampung Bintangor Besar, Kampung Bandarsah, Kampung No. 3, Kampung No. 4, Kampung No. 5 dan Kampung No. 6.

Sepanjang aktiviti lapangan, para peserta telah melakukan pemerhatian fizikal bangunan, meneliti ciri seni bina, menjalankan dokumentasi visual, serta mengumpulkan maklumat sejarah menerusi sesi temu bual bersama komuniti setempat. 

Penelitian holistik itu turut merangkumi reka bentuk, bahan binaan, susun atur ruang, elemen tradisional, serta perkaitan bangunan dengan perkembangan sejarah kehidupan masyarakat.

Kerjasama utuh daripada ketua masyarakat Melayu dan Cina, serta pemilik rumah kedai dan rumah tradisional sangat membantu memperkayakan inventori tersebut, terutamanya menerusi perkongsian susur galur pemilikan, kisah keluarga dan perubahan fungsi bangunan merentas generasi.

Hasil inventori berkenaan telah dibentangkan oleh kumpulan pelajar terbabit di Dewan Bandarsah pada Selasa sebagai platform perkongsian penemuan dan dapatan lapangan.

Dokumentasi yang dihasilkan itu juga berpotensi menjadi asas kepada pembangunan pangkalan data warisan, pemetaan sejarah bandar, serta rujukan bahan pendidikan dan interpretasi warisan Kuching Lama. 

Ia dijadual untuk diketengahkan kepada umum menerusi pameran Heritage Future: Voices of Old Kuching yang akan bermula pada 19 Oktober depan.

Dalam pada itu, pentadbiran OKSHE kini diletakkan sepenuhnya di bawah seliaan MTCP selepas ia dipindahkan daripada Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) pada bulan Mei lalu.

Inisiatif penganjuran program sebegini selari dengan tumpuan OKSHE terhadap pemeliharaan warisan melalui inovasi digital, peningkatan pengalaman pelawat dan penglibatan aktif komuniti tempatan.

Related Posts

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

KUCHING – Peruntukan RM1.5 bilion bagi bantuan orang kurang upaya (OKU) serta penambahbaikan sokongan pendidikan khas dalam Belanjawan 2027 mencerminkan komitmen kerajaan memastikan golongan itu dan keluarga mereka terus mendapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

USAHA memperkasakan pendidikan digital selari dengan aspirasi Belanjawan MADANI 2027 turut mendapat sokongan menerusi inisiatif TAVIS Education yang menyediakan kemudahan pembelajaran secara percuma bagi membantu pelajar menguasai pelajaran dengan lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari