Tiada lagi pelarian diberi dokumen masuk Malaysia selepas 2023

KUALA LUMPUR – Pelarian yang memasuki Malaysia selepas Januari 2023 tidak akan dipertimbangkan bagi menerima Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) demi mengelakkan sistem pendaftaran itu dijadikan faktor penarik kemasukan warga asing baharu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertimbangan bagi pemberian DPP hanya terhad kepada pelarian sedia ada yang telah berada di negara ini sebelum atau sehingga tarikh berkenaan.

Menurutnya, langkah itu penting bagi membolehkan pihak berkuasa menumpukan perhatian kepada usaha melengkapkan profil dan pangkalan data membabitkan kira-kira 225,000 pelarian yang dilaporkan berada di Malaysia oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

“Bermula kita umumkan DPP sebagai satu mekanisme pendaftaran, tarikh akhir kita adalah Januari 2023, maksudnya pelarian yang masuk selepas itu (selepas Januari 2023) mereka tidak akan diberikan peluang untuk kita pertimbangkan di bawah DPP.

“Kita proses yang sedia ada… tidak akan jadi faktor penarik macam yang disampaikan oleh Yang Berhormat, kita dah mengambil langkah awal perkara itu dulu,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen (PN) Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin mengenai mekanisme kerajaan bagi memastikan pelaksanaan DPP tidak membolehkan sindiket mengambil kesempatan mewujudkan pendaftaran baharu bagi kemasukan pelarian.

Mengulas lanjut, Saifuddin memaklumkan, data sedia ada daripada UNHCR adalah anggaran angka yang tidak mengandungi maklumat terperinci seperti nama, umur, lokasi keberadaan atau profil keselamatan individu berkenaan.

“Menerusi pelaksanaan DPP, KDN menjalankan proses pendataan secara menyeluruh merangkumi pendaftaran maklumat peribadi, saringan keselamatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen serta pengambilan data biometrik,” katanya.

Ujarnya, sasaran pendataan tahun ini melibatkan kira-kira 4,000 pelarian di Depoh Tahanan Imigresen (DTI) untuk DPP fasa pertama yang bermula Januari tahun ini, dan 2,000 di luar depoh, sebelum ditingkatkan kepada 20,000 orang pada tahun hadapan.

“Proses pendataan itu bukan bermula dalam keadaan vakum kerana KDN kini memegang kira-kira 30,000 data pelarian yang lengkap dengan nama serta maklumat majikan hasil pelaksanaan fasa awal yang dimulakan pentadbiran sebelum ini.

“Sekarang kami perluaskan lagi untuk memastikan data kita itu boleh dipercayai . Data yang boleh dipercai membantu kita untuk menggubal satu dasar awam yang lebih nyata, boleh diukur, boleh disukat,” katanya.

Related Posts

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

ARAU – Individu atau wakil syarikat yang menjalankan urusan bagi pihak pelanggan di semua pejabat dan cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seluruh negara diwajibkan berdaftar serta mendapat kelulusan jabatan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM faham keresahan ibu bapa, penutupan sekolah bergantung IPU semasa

KEPUTUSAN penutupan sekolah akibat jerebu perlu diumumkan secara harian kerana ia faktor tidak boleh dijangka, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek. Beliau berkata, bagaimanapun segala pandangan ibu bapa berhubung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jagjit Singh bersara selepas 42 tahun bersama ATM

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Jagjit Singh bersara selepas 42 tahun bersama ATM

Sudut Bacaan Long Latei perlukan pembiayaan tetap, urus tadbir mampan

Sudut Bacaan Long Latei perlukan pembiayaan tetap, urus tadbir mampan

Pengorekan Sungai Apong dijangka siap sebulan, mudahkan akses bot nelayan

Pengorekan Sungai Apong dijangka siap sebulan, mudahkan akses bot nelayan

Semua sekolah di Negeri Sembilan tutup esok

Semua sekolah di Negeri Sembilan tutup esok

Program pemantapan akidah di Jengka 24 tarik lebih 500 penyertaan

Program pemantapan akidah di Jengka 24 tarik lebih 500 penyertaan

FTES: Pemegang UEC layak pendidikan tinggi percuma jika memenuhi syarat

FTES: Pemegang UEC layak pendidikan tinggi percuma jika memenuhi syarat