Belanjawan 2027 pacu transformasi ekonomi Sarawak menjelang 2030

KUCHING – Belanjawan Sarawak 2027 menggariskan lima matlamat strategik bagi mempercepat transformasi ekonomi negeri ke arah mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi, mampan dan inklusif menjelang 2030.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, lima matlamat itu memberi tumpuan kepada peningkatan pendapatan isi rumah, pengukuhan perlindungan sosial rakyat, daya tahan fiskal, pembangunan Sarawak sebagai hab tenaga hijau ASEAN serta penerokaan sumber hasil baharu menerusi ekonomi hijau.

“Belanjawan 2027 dirangka untuk memacu Sarawak ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, mampan dan inklusif menjelang 2030 melalui lima matlamat strategik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2027), 2026 bagi bacaan kali kedua pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 di sini, pada Isnin.

Abang Johari yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu Sarawak berkata, sembilan teras strategik turut digariskan sebagai panduan utama dalam pelaksanaan dasar dan pengagihan peruntukan belanjawan bagi merealisasikan matlamat berkenaan.

Teras itu merangkumi transformasi dan kepelbagaian ekonomi, penggalakan pelaburan serta industri strategik, pembangunan pendidikan dan modal insan berkualiti tinggi, pemeliharaan sumber asli, selain usaha merapatkan jurang pembangunan dan memperkukuh pertumbuhan luar bandar.

Turut diberi penekanan ialah perlindungan mata pencarian rakyat, pembangunan budaya, sukan dan belia, penyelidikan, teknologi dan inovasi serta pemantapan prestasi institusi kerajaan dan daya tahan fiskal.

Menurut beliau, pendekatan berkenaan bertujuan mengurangkan kebergantungan terhadap komoditi tertentu dengan memperluas sektor ekonomi bernilai tinggi, khususnya teknologi digital, tenaga boleh baharu dan pembuatan termaju.

“Secara keseluruhan, sembilan teras strategik ini mempercepat transformasi ekonomi Sarawak melalui pembangunan industri bernilai tinggi dan kepelbagaian ekonomi melangkaui sektor tradisional,” ujarnya.

Beliau berkata strategi itu turut membuka lebih banyak peluang pelaburan swasta melalui inovasi dan kerjasama strategik, sekali gus merancakkan penciptaan pekerjaan serta melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan ekonomi masa depan.

Dalam pada itu, kerangka fiskal Belanjawan Sarawak 2027 dipandu lima tonggak utama, iaitu reformasi fiskal dan struktur, pengurusan kewangan berhemat, pendekatan fiskal mengembang bagi merangsang pertumbuhan, kepelbagaian sumber hasil serta pembangunan inklusif dan pengagihan kekayaan yang lebih saksama.

Foto: Jabatan Penerangan Sarawak

Related Posts

Belanjawan Sarawak 2027: RM64.2 juta bantu pesakit, ringankan kos rawatan

KUCHING – Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM64.2 juta menerusi Belanjawan Sarawak 2027 bagi membantu pesakit buah pinggang dan warga emas daripada isi rumah berpendapatan rendah mendapatkan rawatan kesihatan. Premier Sarawak, Tan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan Sarawak 2027: RM2.27 bilion untuk projek jalan raya utama

KUCHING – Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM2.27 bilion pada 2027 bagi meneruskan projek jalan raya utama di negeri ini untuk memudahkan perjalanan penduduk serta menghubungkan kawasan luar bandar dengan pusat ekonomi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Telur emas’ perlu dikongsi dengan rakyat, bukan masuk poket sendiri – Dr Zaliha tegur Hamzah

‘Telur emas’ perlu dikongsi dengan rakyat, bukan masuk poket sendiri – Dr Zaliha tegur Hamzah

Kembalikan GST bukan sekadar kutip hasil, enam perkara perlu diberi perhatian – Pakar

Kembalikan GST bukan sekadar kutip hasil, enam perkara perlu diberi perhatian – Pakar

Belanjawan Sarawak 2027: RM64.2 juta bantu pesakit, ringankan kos rawatan

Belanjawan Sarawak 2027: RM64.2 juta bantu pesakit, ringankan kos rawatan

Bas ekspres rempuh pagar SK Bukit Jawa

Bas ekspres rempuh pagar SK Bukit Jawa

Rakyat Malaysia dinasihat tangguhkan umrah susulan insiden serangan

Rakyat Malaysia dinasihat tangguhkan umrah susulan insiden serangan

Belanjawan Sarawak 2027: RM2.27 bilion untuk projek jalan raya utama

Belanjawan Sarawak 2027: RM2.27 bilion untuk projek jalan raya utama