Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

KOTA KINABALU – Pempengaruh dan pencipta kandungan media sosial disaran meneliti draf garis panduan yang dibangunkan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (Content Forum) bagi memahami amalan serta tanggungjawab dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, orang ramai termasuk pempengaruh, pencipta kandungan serta pengguna media sosial dialu-alukan mengemukakan maklum balas untuk penambahbaikan.

“Penglibatan penggiat industri penting bagi memastikan garis panduan berkenaan mengambil kira pandangan dan keperluan mereka yang terlibat secara langsung dalam penghasilan kandungan digital.

“Orang ramai boleh mengakses draf garis panduan berkenaan secara dalam talian melalui kod QR yang disediakan bagi membolehkan mereka meneliti kandungannya sebelum mengemukakan pandangan,” katanya dalam Program Influence with Responsibility: Sabah Content Creators Dialogue 2026, di sini, pada Ahad.



Menurut Nie Ching, peluang memberikan maklum balas itu terbuka kepada semua pihak tanpa mengira sama ada mereka merupakan pempengaruh profesional, pencipta kandungan atau pengguna media sosial biasa.

“Garis panduan ini masih dalam bentuk draf dan belum dimuktamadkan, justeru, pandangan daripada pelbagai pihak amat penting dalam proses pembangunannya.

“Garis panduan ini yang dibangunkan oleh Content Forum sebenarnya bukan undang-undang. Saya mahu menjelaskan perkara ini dengan sangat jelas.

“Garis panduan itu tidak secara automatik menjadi undang-undang selepas dimuktamadkan dan tidak bermaksud individu yang melanggarnya boleh terus dikenakan tindakan di mahkamah,” ujarnya.

Tambahnya, antara fungsi penting Content Forum adalah menggalakkan kawal selia kendiri dalam industri komunikasi dan multimedia menerusi penetapan amalan yang wajar bagi penggiat industri.

“Sehubungan itu, garis panduan berkenaan perlu dilihat sebagai sebahagian daripada usaha membentuk amalan yang bertanggungjawab dalam penghasilan serta penyebaran kandungan digital.

“Saya turut menyambut baik pandangan peserta dialog yang menyokong usaha memperkenalkan garis panduan itu, selain cadangan supaya peraturan berkaitan mempunyai mekanisme penguatkuasaan.

“Bagaimanapun, pendekatan yang diambil ketika ini adalah secara berperingkat, dengan memberi ruang kepada pembangunan garis panduan sebelum perkembangan dan keberkesanannya dinilai,” jelasnya.

Beliau turut menyatakan bahawa cadangan berkaitan kebajikan dan perlindungan pempengaruh serta pencipta kandungan wajar diteliti, termasuk dalam aspek kerjasama sesama penggiat industri.

“Perkara itu boleh diberikan perhatian dalam proses penambahbaikan garis panduan bagi memastikan kepentingan pencipta kandungan turut dipertimbangkan.

“Dalam pada itu, saya mengingatkan pencipta kandungan supaya tidak hanya menumpukan perhatian kepada usaha meningkatkan jumlah tontonan dan menghasilkan kandungan tular, sebaliknya turut mengambil kira kesan kandungan terhadap masyarakat.

“Penyertaan lebih 60 pencipta kandungan dalam dialog ini menunjukkan minat mereka untuk memahami garis panduan yang sedang dibangunkan serta meningkatkan kualiti kandungan masing-masing.

“Saya berharap penglibatan aktif pempengaruh dan pencipta kandungan dalam proses mendapatkan maklum balas itu dapat membantu membentuk garis panduan yang lebih menyeluruh, sekali gus menyokong perkembangan industri kandungan digital yang berkualiti dan bertanggungjawab,” tambahnya.

Related Posts

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

KOTA KINABALU – Tabung Kasih @ HAWANA telah menyalurkan bantuan berjumlah RM2.54 juta kepada 864 pengamal media dan veteran wartawan di seluruh negara sejak diwujudkan pada 2023, termasuk 37 penerima…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

LAHAD DATU – Belanjawan 2027 mencerminkan kesungguhan Kerajaan MADANI memastikan agenda pembangunan negara terus dilaksanakan seiring usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat termasuk di Sabah dan Sarawak. Ketua Cabang PKR Lahad Datu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak