Penerbangan antarabangsa mampu pacu pelancongan Sandakan

SANDAKAN – Inisiatif geran padanan bagi penerbangan antarabangsa dan penerbangan sewa khas dijangka membuka peluang lebih besar kepada Sandakan untuk menarik kedatangan pelancong luar negara.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, kemudahan konektiviti udara menjadi antara faktor utama dalam merancakkan sektor pelancongan negeri ini.

“Saya menyambut baik pembentangan Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyaksikan peruntukan pembangunan untuk Sabah meningkat kepada RM18.7 bilion.

“Inisiatif berkenaan berpotensi membantu memperluas akses penerbangan antarabangsa, sekali gus meningkatkan jumlah pengunjung ke destinasi pelancongan di Sabah, khususnya Sandakan.

“Kalau boleh, Sandakan juga menjadi salah satu destinasi yang mempunyai hubungan penerbangan terus dengan negara luar.

“Kalau di Kota Kinabalu dan Tawau sudah ada penerbangan terus dari luar negara, kita sedang berusaha supaya Sandakan juga mampu menawarkan kemudahan sama,” ujarnya kepada media pada Majlis Makan Malam Gala sempena Visit Malaysia 2026 (VM2026) Hunt & Explore Media Race 2026 di Dewan Tropicana, Elopura Hotel, di sini pada Sabtu.

Menurut Jafry, Sandakan berpontensi besar dalam pelancongan berasaskan sejarah, alam semula jadi dan hidupan liar yang mampu menarik pengunjung dari dalam serta luar negara.

“Pelancong dari Eropah antara pasaran yang berpotensi diterokai berikutan minat mereka terhadap alam semula jadi, hidupan liar dan aktiviti memerhati burung.

“Sandakan turut mempunyai tarikan bertaraf antarabangsa menerusi Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok (SOURC) dan Pusat Pemuliharaan Beruang Madu Borneo (BSBCC).

“Selain itu, Pulau Selingan yang terkenal dengan usaha pemuliharaan penyu turut menjadi antara produk pelancongan yang boleh diketengahkan bagi menarik lebih ramai pelancong antarabangsa,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, persiapan bagi penganjuran Tahun Melawat Sabah 2027 (TMS 2027) kini berada pada fasa akhir, termasuk penyediaan sekretariat yang akan menyelaras pelbagai aktiviti promosi.

“Perbincangan bersama-bersama kementerian, agensi dan pemain industri pelancongan dijangka diadakan pada penghujung bulan ini bagi memperincikan program serta strategi promosi yang akan dilaksanakan.

“Kita bercadang mengadakan pelancaran pada penghujung tahun ini dan kemungkinan satu lagi pelancaran berskala besar di Semenanjung Malaysia pada awal tahun depan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut melihat peluang untuk mengadakan promosi TMS 2027 di Semenanjung Malaysia bersempena satu acara rasmi berkaitan penerimaan kapal perang baharu, tertakluk kepada perancangan yang dimuktamadkan.

Related Posts

Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

TAWAU – Wanita diseru supaya lebih prihatin terhadap kesihatan payudara dengan menjalani pemeriksaan bersesuaian serta mendapatkan nasihat profesional sekiranya mengesan sebarang perubahan yang membimbangkan. Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

LAHAD DATU – Belanjawan 2027 mencerminkan kesungguhan Kerajaan MADANI memastikan agenda pembangunan negara terus dilaksanakan seiring usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat termasuk di Sabah dan Sarawak. Ketua Cabang PKR Lahad Datu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak