Anwar kecam serangan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sekeras-kerasnya serangan terhadap Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, Arab Saudi yang mengorbankan nyawa orang awam dan menyebabkan ratusan lagi cedera.

Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban serta mendoakan agar mereka yang cedera segera pulih.

“Tiada sebarang justifikasi bagi serangan terhadap orang awam dan infrastruktur awam. Membahayakan nyawa orang yang tidak berdosa hanya akan memburukkan lagi penderitaan akibat konflik ini.

“Malaysia berdiri teguh dalam solidariti bersama Kerajaan Arab Saudi dan rakyatnya pada saat yang penuh getir ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menegaskan harapan Malaysia agar usaha diplomasi dan kewarasan terus diutamakan bagi mengelakkan konflik berkenaan daripada merebak dengan lebih meluas.

Anwar berkata, penyelesaian melalui diplomasi perlu diberi keutamaan bagi mengelakkan lebih banyak nyawa terkorban dan penderitaan berterusan akibat konflik tersebut.

Related Posts

Pelajar Sarawak sambut baik peningkatan bantuan FlySiswa MADANI dalam Belanjawan 2027

KUCHING — Pengumuman Belanjawan 2027 yang menyaksikan peningkatan bantuan tiket penerbangan FlySiswa MADANI daripada RM400 kepada RM500 mendapat sambutan positif dalam kalangan mahasiswa Sarawak yang sedang melanjutkan pengajian di Semenanjung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027 perkukuh komitmen MA63, tingkat peluang tajaan JPA buat anak Sabah, Sarawak

KUCHING – Pengumuman Belanjawan 2027 meningkatkan peluang tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada anak kelahiran Sabah dan Sarawak membuktikan komitmen kerajaan Persekutuan dalam memperkukuh semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelajar Sarawak sambut baik peningkatan bantuan FlySiswa MADANI dalam Belanjawan 2027

Pelajar Sarawak sambut baik peningkatan bantuan FlySiswa MADANI dalam Belanjawan 2027

Anwar kecam serangan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh

Anwar kecam serangan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh

Wanita Pahang jangan takut buat saringan awal kanser payudara

Wanita Pahang jangan takut buat saringan awal kanser payudara

Belanjawan 2027 perkukuh komitmen MA63, tingkat peluang tajaan JPA buat anak Sabah, Sarawak

Belanjawan 2027 perkukuh komitmen MA63, tingkat peluang tajaan JPA buat anak Sabah, Sarawak

NUTP sambut baik tambahan peruntukan pendidikan

NUTP sambut baik tambahan peruntukan pendidikan

PH perkasa kekuatan parti sebelum muktamad umum calon

PH perkasa kekuatan parti sebelum muktamad umum calon