Pelajar Sarawak sambut baik peningkatan bantuan FlySiswa MADANI dalam Belanjawan 2027

KUCHING — Pengumuman Belanjawan 2027 yang menyaksikan peningkatan bantuan tiket penerbangan FlySiswa MADANI daripada RM400 kepada RM500 mendapat sambutan positif dalam kalangan mahasiswa Sarawak yang sedang melanjutkan pengajian di Semenanjung Malaysia.

Tiga pelajar berasal dari Sarawak yang kini menuntut di institusi pengajian tinggi di Perak menyifatkan peningkatan bantuan berkenaan sebagai satu bentuk keprihatinan kerajaan MADANI dalam membantu meringankan beban kewangan mahasiswa, khususnya yang perlu berulang-alik antara Semenanjung dan Sarawak.

Menurut Muhammad Azim Juni, 20, kenaikan kadar bantuan FlySiswa MADANI amat bermakna kepada pelajar dari Sabah dan Sarawak kerana kos perjalanan udara yang tinggi sering menjadi cabaran utama, terutama ketika musim cuti semester dan perayaan.

Katanya, peningkatan bantuan itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan perbelanjaan perjalanan serta memberi ruang kepada mahasiswa untuk menggunakan lebihan kewangan bagi keperluan pembelajaran.

“Sebagai pelajar yang belajar jauh dari kampung halaman, kos penerbangan merupakan antara komitmen terbesar. Bantuan seperti ini sangat membantu kerana perjalanan pulang ke Sarawak bukan sahaja melibatkan tambang penerbangan, tetapi juga kos pengangkutan lain,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Iffat Yasin Razkie, 20, berkata, perhatian kerajaan terhadap kebajikan mahasiswa melalui Belanjawan 2027 menunjukkan usaha untuk memastikan pelajar perantauan tidak terbeban dengan faktor jarak dalam mendapatkan pendidikan tinggi.

Beliau turut menyambut baik langkah kerajaan meningkatkan peluang pendidikan dan tajaan kepada anak-anak Sabah dan Sarawak kerana ia membuka lebih banyak ruang kepada generasi muda untuk melanjutkan pengajian dalam bidang yang diperlukan negara.

“Peluang pendidikan yang lebih luas amat penting kerana ramai pelajar dari Sarawak mempunyai potensi besar. Sokongan seperti tajaan dan bantuan perjalanan memberi motivasi kepada kami untuk terus fokus dalam pengajian,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Muhammad Hazriq Azani Ismawi, 20, berkata, selain bantuan FlySiswa MADANI, mahasiswa juga berharap inisiatif lain berkaitan kos sara hidup, kemudahan pendidikan dan peluang pembangunan kemahiran dapat terus diperkasakan.

Beliau berkata, mahasiswa dari Sarawak yang berada di Semenanjung berdepan cabaran menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu, selain perlu menguruskan kos sara hidup yang berbeza berbanding di negeri asal.

“Sebarang bantuan yang dapat mengurangkan beban mahasiswa amat dihargai kerana ia membantu kami memberi lebih tumpuan kepada pelajaran dan persediaan menghadapi alam pekerjaan,” katanya.

Ketiga-tiga mahasiswa itu berharap pelaksanaan Belanjawan 2027 dapat memberi manfaat secara menyeluruh kepada rakyat, khususnya golongan pelajar serta masyarakat Sabah dan Sarawak yang menuntut di luar negeri.

Related Posts

Anwar kecam serangan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sekeras-kerasnya serangan terhadap Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, Arab Saudi yang mengorbankan nyawa orang awam dan menyebabkan ratusan lagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wanita Pahang jangan takut buat saringan awal kanser payudara

KUANTAN – Golongan wanita di Pahang diseru agar tidak membiarkan rasa takut menghalang mereka daripada menjalani pemeriksaan kesihatan, khususnya saringan kanser payudara bagi membolehkan penyakit itu dikesan dan dirawat lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelajar Sarawak sambut baik peningkatan bantuan FlySiswa MADANI dalam Belanjawan 2027

Pelajar Sarawak sambut baik peningkatan bantuan FlySiswa MADANI dalam Belanjawan 2027

Anwar kecam serangan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh

Anwar kecam serangan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh

Wanita Pahang jangan takut buat saringan awal kanser payudara

Wanita Pahang jangan takut buat saringan awal kanser payudara

Belanjawan 2027 perkukuh komitmen MA63, tingkat peluang tajaan JPA buat anak Sabah, Sarawak

Belanjawan 2027 perkukuh komitmen MA63, tingkat peluang tajaan JPA buat anak Sabah, Sarawak

NUTP sambut baik tambahan peruntukan pendidikan

NUTP sambut baik tambahan peruntukan pendidikan

PH perkasa kekuatan parti sebelum muktamad umum calon

PH perkasa kekuatan parti sebelum muktamad umum calon