JAIS siasat dakwaan individu Islam lakukan ritual agama lain, tidak tolak unsur AI

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memulakan siasatan berhubung hantaran tular di media sosial yang mendakwa individu beragama Islam melakukan amalan atau ritual agama bukan Islam yang dipercayai bertentangan dengan hukum syarak.

Pengarah JAIS, Datuk Haji Mohd Shahzihan Ahmad berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4 dan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya setakat ini belum dapat mengesahkan dakwaan bahawa perbuatan tersebut dilakukan oleh individu berkenaan ketika perayaan Thaipusam di Batu Caves seperti yang ditularkan.

“JAIS juga tidak menolak kemungkinan hantaran berkenaan melibatkan penyuntingan imej menggunakan teknik superimpose atau kecerdasan buatan (AI).

“Beberapa fakta berhubung kes ini, termasuk lokasi kejadian, akan disiasat dengan lebih teliti dengan kadar segera bagi mengenal pasti bidang kuasa JAIS untuk mengambil tindakan selanjutnya di bawah undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, JAIS memandang serius perkara yang menyentuh persoalan akidah umat Islam di Selangor.

Sehubungan itu, setiap maklumat atau aduan akan disiasat dan tindakan diambil secara profesional, tegas, cepat, tepat serta adil.

Terdahulu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam percakapan individu bagi membantu siasatan berhubung kandungan media sosial yang disyaki menghina agama Islam.

Hal itu susulan individu berkenaan memuat naik kandungan menerusi Facebook dikaitkan dengan penggunaan perkataan ‘lighad’ yang merujuk kepada Surah al-Hashr, ayat 18, dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 9 Oktober lalu.

Related Posts

Pelajar Sarawak sambut baik peningkatan bantuan FlySiswa MADANI dalam Belanjawan 2027

KUCHING — Pengumuman Belanjawan 2027 yang menyaksikan peningkatan bantuan tiket penerbangan FlySiswa MADANI daripada RM400 kepada RM500 mendapat sambutan positif dalam kalangan mahasiswa Sarawak yang sedang melanjutkan pengajian di Semenanjung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar kecam serangan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sekeras-kerasnya serangan terhadap Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, Arab Saudi yang mengorbankan nyawa orang awam dan menyebabkan ratusan lagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelajar Sarawak sambut baik peningkatan bantuan FlySiswa MADANI dalam Belanjawan 2027

Pelajar Sarawak sambut baik peningkatan bantuan FlySiswa MADANI dalam Belanjawan 2027

Anwar kecam serangan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh

Anwar kecam serangan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh

Wanita Pahang jangan takut buat saringan awal kanser payudara

Wanita Pahang jangan takut buat saringan awal kanser payudara

Belanjawan 2027 perkukuh komitmen MA63, tingkat peluang tajaan JPA buat anak Sabah, Sarawak

Belanjawan 2027 perkukuh komitmen MA63, tingkat peluang tajaan JPA buat anak Sabah, Sarawak

NUTP sambut baik tambahan peruntukan pendidikan

NUTP sambut baik tambahan peruntukan pendidikan

PH perkasa kekuatan parti sebelum muktamad umum calon

PH perkasa kekuatan parti sebelum muktamad umum calon