
KUALA LUMPUR – Dana Tabung Bantuan Perubatan akan ditingkatkan kepada RM60 juta, ketimbang RM40 juta.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penerima STR dan pasangan berumur 40 tahun ke atas ditawar saringan kesihatan percuma, bantuan alat perubatan dan insentif rawatan kanser melalui PeKa B40 dengan peruntukan RM80 juta.
Beliau yang juga Perdana Menteri berkata, saringan talasemia percuma diperluas kepada suami dan anak pembawa bagi mengurangkan risiko kelahiran bayi talasemia major.
“Sejak diperkenalkan, MySalam memanfaatkan 1.6 juta rakyat dengan jumlah tuntutan 1.3 bilion ringgit. Skim MySalam diteruskan tahun 2027.
“Program BuAi menawarkan rawatan kesuburan mampu milik kepada 2,000 pasangan dan perkhidmatan kesejahteraan lelaki kepada 42 ribu individu,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan rakyat, pada Jumaat.
Dalam pada itu, Anwar memaklumkan, ketelusan kos rawatan swasta ditingkatkan, di mana rekod perubatan elektronik diperluas berasaskan prinsip satu individu satu rekod.
“Mulai 2027, bil hospital swasta menggunakan kategori caj yang seragam dan telus supaya pesakit memahami setiap bayaran dan herotan harga dapat dikurangkan.
“Portal e-CKAPS turut dibangunkan bagi membolehkan urusan pelesenan fasiliti kesihatan swasta dibuat,” katanya.






