JKM cari waris Juin Sabin

KOTA KINABALU – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan waris seorang gelandangan yang diselamatkan dalam operasi di Pekan Manggatal, di sini pada Rabu.

Menurut kenyataan Pejabat Kebajikan Bahagian Kota Kinabalu, lelaki dikenali sebagai Juin Sabin, 56, berasal dari Kampung Mensiang, Manggatal.

Walau bagaimanapun, jejak waris melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati beliau berasal dari Kg Sinulihan, Tamparuli.

Menurut Ketua Kg Sinulihan, Yundaw Rambatan keluarga Juin telah berpindah dari kampung tersebut sejak tahun 90-an.

Katanya, Juin diselamatkan berdasarkan maklumat dari Pemaju Mukim Inanam, Felix Vun serta aduan orang awam di kawasan itu.

Sementara itu, menurut kenyataan itu, semasa Juin diselamatkan, JKM hanya menemukan sekeping kad pengenalan dan dokumen nota discaj dari Hospital Queen Elizabeth.

“Juin memaklumkan bahawa beliau adalah anak sulung dari empat beradik dan mempunyai kedua orang tua yang dipercayai masih hidup tetapi tidak mengetahui lokasi keluarga.

“Nama bapanya ialah Sabin Godoom dan ibunya Dingkim Somori. Adik-beradiknya dikenali sebagai Jailin Sabin, Judy Sabin, dan Risot Sabin,” jelas kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, JKM mohon yang mengenali Juin untuk menghubungi Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Rita Robert Rawantas di Pejabat Kebajikan Bahagian Kota Kinabalu melalui talian 088-269821 atau emel rita.robert@jkm.gov.my.

Related Posts

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

MUKAH – Seorang buruh warga tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di tepi Jalan Kubu, di sini pada Isnin. Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1