Persiapan sambutan hari lahir TYT Sarawak berjalan lancar

KUCHING – Persiapan sambutan Hari Lahir Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang diadakan pada Sabtu ini sedang giat dilakukan dan mengikut jadual seperti yang ditetapkan.

Raptai penuh Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa juga berjalan dengan lancar pagi Khamis di Padang Merdeka.

“Hari ini saya dapat melihat semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuk tentera, polis dan badan beruniform lain selain kontinjen yang mengambil bahagian.

“Semuanya berjalan dengan baik termasuk persembahan. Saya berharap pada 12 Oktober, cuaca juga seperti hari ini,” ujar Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau selaku menteri yang turut mengalas tanggungjawab bagi sambutan tersebut berkata demikian semasa raptai penuh acara istiadat perbarisan dan rapat raksasa hari ini.

Sambutan akan dimulakan Khamis dengan majlis kesyukuran di Masjid Jamek diikuti dengan khutbah khas pada Jumaat, 11 Oktober melibatkan masjid di seluruh Sarawak.

Kemuncak sambutan merupakan istiadat perbarisan dan rapat raksasa pada 12 Oktober di Padang Merdeka bermula 8 pagi diikuti Istiadat Pengurnian Darjah Kebesaran Negeri Sarawak di Astana Negeri pada 11.30 pagi.

Pengunjung yang hadir akan dihiburkan dengan persembahan pembukaan dan kebudayaan melibatkan lebih 200 artis budaya serta pelajar Majlis Seni Sarawak.

Antara tetamu kehormat yang turut hadir memeriahkan sambutan itu kelak ialah Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri Puan Sri Juma’ani Tunku Bujang.

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

MUKAH – Kehadiran luar biasa seramai 110,772 pengunjung sepanjang tiga hari Penganjuran Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah membuktikan semangat perpaduan dan keharmonian kaum di bahagian ini berada pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017