Jakim diminta siasat video pelajar didakwa puja guru secara melampau, risau amalan kultus – Na’im

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diminta menyediakan laporan berhubung seorang pendakwah dan sekumpulan pelajar yang mengalunkan bait tertentu dalam bahasa Arab dalam sebuah majlis yang tular di media sosial semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, perkara itu juga akan dibawa kepada tindakan pihak berkuasa agama Islam iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah serta Jabatan Mufti Negeri Kedah.

“Sebarang isu berkaitan ketaasuban melampau perlu ditangani dengan segera kerana sekiranya tidak dibendung, ia boleh mengakibatkan masyarakat terjerumus kepada amalan yang bercanggah dengan akidah.

“Agensi hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan khususnya Jakim, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia diminta untuk melipatgandakan usaha memberikan kefahaman kepada masyarakat berkaitan asas akidah berteraskan Ahli Sunnah Waljamaah,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Sebelum ini, tular video berdurasi satu minit dua saat melibatkan seorang pendakwah dan sekumpulan pelajar dalam sebuah majlis yang mengalunkan bait tertentu dalam bahasa Arab.

Alunan bait itu didakwa memuja serta memuji secara melampau seorang guru agama dari negeri utara yang dikatakan boleh membawa kepada amalan kekultusan.

Related Posts

PAC syor pegangan saham tempatan MAHB dikekalkan sekurang-kurangnya 70 peratus

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan pegangan saham tempatan dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang dimiliki Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikekalkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jentera kempen PN kurang menyengat tidak seperti PH, BN bersemangat

BATU PAHAT – Pakatan Harapan (PH) dilihat memulakan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan momentum paling positif apabila berjaya menghimpunkan kehadiran penyokong yang ramai pada hari penamaan calon. Suasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan