Anwar rakam takziah untuk keluarga tiga pelajar UiTM maut kemalangan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang maut dalam kemalangan di Dungun, Terengganu, malam tadi.

Beliau melalui hantaran di laman sosial rasmi miliknya berkata, kejadian itu sangat menyayat hati.

“Salam takziah buat seluruh ahli keluarga pelajar UiTM Dungun yang kembali ke rahmatullah malam tadi.

“Kes yang sangat menyayat hati dan saya sendiri terkesan akan kejadian ini.

“Semoga keluarga tabah hadapi dugaan ini dan mendapat keadilan yang sewajarnya,” katanya.

Dalam kemalangan jam 7.20 malam itu, empat pelajar yang menunggang dua motosikal dirempuh kenderaan jenis Honda CRV dipandu seorang wanita dipercayai pesakit mental.

Mangsa yang maut ialah Ku Adib Aizab Ku Azmi, 20, dan Khairil Anuar Jamaluddin, 20, pelajar jurusan Ijazah Perakaunan, manakala Mohd Akhmal Tukirin, 20, adalah pelajar Ijazah Perhotelan.

Rakan mereka yang parah ialah Mohd Ammar Danish Mohd Rodhuan, 20, sedang dirawat di Hospital Dungun dan akan dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.

Related Posts

Pengamal media bantu polis tingkat kesedaran cegah jenayah

KANGAR – Peranan media bukan sekadar melaporkan kejadian jenayah malah menjadi medium penting membantu polis memberi kesedaran mengenai keselamatan kepada masyarakat. Bekas Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM bincang pelaksanaan polisi perlindungan murid bersama pemegang taruh

KETUA Pengarah Pendidikan dan Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan (KPM) sudah diminta mengadakan sesi khas bersama pemegang taruh berhubung pelaksanaan Polisi Perlindungan Murid Sekolah. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pendekatan tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP