Bot pancing putus hubungan akibat jerebu

KUALA KURAU – Kebimbangan terhadap keselamatan seorang pemancing yang dilaporkan terputus hubungan ketika dalam perjalanan pulang ke Jeti Kuala Gula, malam Rabu, berakhir dengan kelegaan apabila mangsa ditemui selamat selepas dibantu komuniti nelayan tempatan.

Mangsa, Saidan Ellis, 45, warga Malaysia, dilaporkan gagal dihubungi sebelum Pusat Operasi Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Kurau menerima aduan mengenai kejadian itu pada jam 9.14 malam.

Susulan laporan berkenaan, maklumat kejadian disalurkan kepada pihak berkaitan sebelum Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT).

Bertindak pantas, aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Bot BENTENG 03, digerakkan dari Jeti Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Kurau pada jam 10.20 malam bagi menjalankan operasi mencari mangsa.

Namun, ketika operasi sedang dijalankan, Maritim Malaysia menerima maklumat pada tengah malam bahawa Saidan berjaya menghubungi pengadu dan memaklumkan beliau berada dalam keadaan selamat.

Bot yang dinaiki mangsa turut dibantu sebuah bot nelayan tempatan sebelum dibawa ke kawasan sangkar ikan Kuala Kurau.

Bot BENTENG 03 tiba di lokasi pada jam 1.10 pagi dan seterusnya mengiringi bot mangsa pulang ke Jeti Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Kurau.

Kedua-dua bot selamat tiba dan merapat di jeti pada jam 2.05 pagi, sekali gus menamatkan kebimbangan terhadap keselamatan mangsa.

Saidan berkata, keadaan jerebu tebal ketika kejadian menyebabkan jarak penglihatan terhad sehingga beliau bersama rakannya kehilangan panduan untuk kembali ke jeti.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Maritim Malaysia, khususnya Maritim Zon Kuala Kurau, selain komuniti nelayan tempatan yang tampil membantu ketika mereka berdepan situasi genting.

“Syukur kami akhirnya dapat kembali kepada keluarga dengan selamat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Maritim Zon Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Hairil Othman, menasihatkan komuniti maritim, khususnya pengusaha bot rekreasi dan nelayan, supaya memastikan semua peralatan komunikasi serta kelengkapan keselamatan berada dalam keadaan baik sebelum turun ke laut.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kecemasan atau kehilangan hubungan kepada pihak berkuasa bagi membolehkan tindakan mencari dan menyelamat digerakkan dengan pantas.

Dalam kejadian itu, tindakan pantas pasukan penyelamat bersama bantuan komuniti nelayan tempatan akhirnya memastikan mangsa dapat kembali ke darat dengan selamat.

  • Related Posts

    Belanjawan 2027: Bekalan air konsisten penting, sokong pembangunan ekonomi Sabah – Kartini

    SANDAKAN – Bekalan air yang konsisten dan boleh dipercayai penting bagi menyokong pembangunan ekonomi serta peningkatan taraf hidup rakyat di Sabah dan perlu diberi perhatian dalam Belanjawan 2027. Ketua Cabang…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Pahang sedia 60 peranti al-Quran Braille untuk OKU penglihatan

    KUANTAN – Kerajaan Pahang menyediakan 60 peranti al-Quran e-Braille bernilai RM600,000 bagi memperkasa pembelajaran al-Quran dalam kalangan golongan orang kurang upaya (OKU) penglihatan di negeri ini. Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Belanjawan 2027: Bekalan air konsisten penting, sokong pembangunan ekonomi Sabah – Kartini

    • By Ezmie
    • October 8, 2026
    Belanjawan 2027: Bekalan air konsisten penting, sokong pembangunan ekonomi Sabah – Kartini

    Pahang sedia 60 peranti al-Quran Braille untuk OKU penglihatan

    Pahang sedia 60 peranti al-Quran Braille untuk OKU penglihatan

    Tular video merusuh guna senjata, polis tahan 14 remaja lelaki

    • By Fatin
    • October 8, 2026
    Tular video merusuh guna senjata, polis tahan 14 remaja lelaki

    KPM tutup institusi pendidikan di kawasan IPU tinggi, PdPR bermula Jumaat

    KPM tutup institusi pendidikan di kawasan IPU tinggi, PdPR bermula Jumaat

    MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

    MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

    Pulau Pinang kembali jerebu cecah IPU 155

    Pulau Pinang kembali jerebu cecah IPU 155