Dua pasar tumpuan awam di Sibu kini dilengkapi kemudahan AED

SIBU – Dua lokasi tumpuan awam kini dilengkapi dengan peranti pengejut jantung luaran automatik (AED), masing-masing ditempatkan di Pasar Sementara Jalan Tiong Hua dan Pasar Sentral Sibu bagi meningkatkan kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi insiden henti jantung mengejut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Chieng Jin Ek berkata, penyediaan kemudahan tersebut mengambil kira status kedua-dua pasar berkenaan yang sentiasa sibuk dan padat dengan kunjungan orang ramai setiap hari.

“Apabila seseorang mengalami insiden henti jantung, setiap minit amat bermakna. Dengan adanya kemudahan AED di lokasi awam ini, tindakan awal boleh dimulakan serta-merta sementara menunggu ketibaan pasukan perubatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis pelancaran penggunaan AED di Pasar Sementara Jalan Tiong Hua, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Jin Ek menegaskan bahawa tahap kesedaran masyarakat mengenai bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) dan cara penggunaan AED juga perlu dipertingkatkan supaya fasiliti tersebut dapat dimanfaatkan sebaiknya ketika berdepan situasi kecemasan.

Jelas beliau, AED berfungsi sebagai salah satu komponen kritikal dalam rantaian tindakan kecemasan awal yang digabungkan bersama CPR sebelum rawatan lanjut diberikan kepada mangsa.

“Harapan kita ialah kemudahan ini bukan sekadar pameran di pasar, tetapi kesedaran untuk bertindak pantas juga dapat terus berkembang dalam kalangan masyarakat.

“Apabila lebih ramai tahu apa yang perlu dilakukan ketika waktu kecemasan, lebih banyak nyawa berpotensi untuk diselamatkan,” tambahnya.

Sebagai rekod, pemasangan kemudahan berkenaan merupakan inisiatif anjuran bersama Kelab Lions Sibu Mandarin dan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Bukit Assek, sebagai sebahagian daripada usaha bersepadu memperkukuh kesiapsiagaan komuniti terhadap kecemasan kesihatan awam.

Foto: Facebook YB Chieng Jin Ek

Related Posts

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

KUCHING – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkemungkinan dibubarkan selepas selesai persidangan belanjawan negeri bulan ini, namun keputusan mengenainya kekal menjadi hak prerogatif Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

MELAKA – Jumlah pengundi yang bakal melaksanakan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 November ini kira-kira seramai 687,697 orang berbanding PRN sebelum itu. Ia berdasarkan rekod…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

Dua pasar tumpuan awam di Sibu kini dilengkapi kemudahan AED

Dua pasar tumpuan awam di Sibu kini dilengkapi kemudahan AED

687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital

  • By Siti
  • October 7, 2026
MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital