Empat Undang tarik balik semakan kehakiman isu penyingkiran Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Empat Undang menarik balik semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa yang difailkan bagi memaksa Menteri Besar Negeri Sembilan menandatangani proklamasi berkaitan penyingkiran Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Penarikan balik semakan kehakiman itu dibuat selepas permohonan berkenaan menjadi akademik susulan pengakuan Menteri Besar bahawa beliau telah menandatangani Proklamasi bertarikh 3 Ogos lalu.

Perkara itu direkodkan Mahkamah Tinggi ketika pengurusan kes yang dijalankan secara dalam kamar di hadapan Hakim, Norliza Othman.

Empat Undang berkenaan ialah Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Thahak; Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol, Datuk Muhammed Abdullah dan Undang Luak Rembau, Datuk Abdul Rahim Yasin.

Turut terlibat ialah Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri dan Shahbandar Sungai Ujong, Datuk Seri Badarudin Abdul Khalid.

Kesemua pembesar negeri itu selaku pemohon memfailkan semakan kehakiman pada Julai lalu dengan menamakan Menteri Besar Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri sebagai responden.

Dalam permohonan berkenaan, mereka memohon perintah mandamus bagi memaksa Menteri Besar menandatangani proklamasi yang mengiktiraf penyingkiran Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Mereka turut memohon supaya satu lagi proklamasi ditandatangani bagi mengiktiraf Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12.

Bagaimanapun, pengakuan Menteri Besar bahawa beliau telah menandatangani Proklamasi bertarikh 3 Ogos lalu menyebabkan permohonan untuk memaksa beliau berbuat demikian tidak lagi mempunyai isu untuk diputuskan.

Susulan perkembangan itu, empat Undang berkenaan menarik balik semakan kehakiman yang telah difailkan di Mahkamah Tinggi.

Related Posts

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

KEMAMAN — Sebuah syarikat berpangkalan di Korea Selatan dilaporkan bersetuju melabur sehingga RM5 bilion bagi mengambil alih kilang CJ Bio Malaysia di Kerteh, yang dijadualkan menamatkan operasi secara berperingkat mulai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji

KOTA KINABALU – Penyelidikan berkaitan Sabah perlu mempunyai hubungan lebih dekat dengan keperluan masyarakat, industri dan pembangunan negeri bagi memastikan hasil kajian memberi impak praktikal. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji

Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji

Rapatkan jurang peluang belia Sabah menerusi Belanjawan 2027

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Rapatkan jurang peluang belia Sabah menerusi Belanjawan 2027

Nahas helikopter FDS: Kerajaan digesa sedia mekanisme sokongan sehenti buat keluarga mangsa

Nahas helikopter FDS: Kerajaan digesa sedia mekanisme sokongan sehenti buat keluarga mangsa

Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani: Dari janji enam bulan ke siasatan RM40 juta