56 GPS termasuk tujuh di Sabah gerakkan i-FB bantu kebajikan mahasiswa

KOTA KINABALU – Sebanyak 56 daripada 196 Gerakan Pengguna Siswa (GPS) seluruh negara menjadi penggerak yang menyuburkan budaya kepedulian, kesukarelawanan dan saling membantu menerusi inisiatif Ihsan Food Bank (i-FB) di institusi pengajian tinggi (IPT) masing-masing.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, daripada jumlah itu, tujuh GPS di Sabah turut terlibat dalam memperkukuh kebajikan mahasiswa dan memastikan bantuan makanan disalurkan kepada yang memerlukan.

“Saya menekankan bahawa penglibatan GPS perlu membawa manfaat langsung kepada kehidupan mahasiswa.

“Usaha ini penting untuk membina jaringan sokongan agar mahasiswa yang berdepan kekangan dapat memberikan tumpuan kepada pengajian,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi Facebook rasminya selepas menghadiri Program Advokasi Kepenggunaan dalam Aktivisme Belia dan Penyerahan Geran i-FB di UiTM Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu, pada Khamis.

Lebih 1,000 mahasiswa menyertai program berkenaan yang membuka ruang dialog mengenai isu kos sara hidup serta peranan mahasiswa dalam menggerakkan advokasi kepenggunaan di kampus.

“Dalam sesi interaksi ini, saya turut menekankan kepentingan menyuburkan semangat keprihatinan dan kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa.

“Empati dan peduli rakan mahasiswa inilah antara transformasi peranan GPS yang mahu kita perkukuh melalui Inisiatif i-FB sejajar dengan tiga terasnya iaitu Santuni Komuniti, Sayangi Alam dan Selamatkan Makanan (3S),” ujarnya.

Justeru, beliau berharap agar program itu dapat memperkukuh kerjasama mahasiswa, pihak institusi, sektor swasta dan rakan strategik KPDN dalam menggerakkan i-FB secara berterusan.

Pada majlis itu, Armizan menyerahkan geran i-FB kepada GPS UiTM Sabah dan Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH KPDN kepada pengusaha kantin Kolej Manukan, UITM Kota Kinabalu.

Beliau turut menyaksikan penyerahan sumbangan bakul makanan daripada lapan operator dan rakan strategik KPDN kepada UITM Kota Kinabalu.

Related Posts

59 peserta Tafaqquh Fiddin tamat pengajian

TEMERLOH – Seramai 59 peserta, termasuk warga emas tekun mengikuti pengajian Tafaqquh Fiddin anjuran Yayasan Pahang di Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam, dekat Temerloh Jaya sejak 312 minggu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Jawatankuasa khas banjir di Sepanggar dicadang – Mustapha ‎

KOTA KINABALU – Jawatankuasa khas bagi menangani banjir dicadang diwujudkan susulan kejadian banjir kilat yang berlaku di beberapa kawasan di Parlimen Sepanggar.‎‎Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM

Kuasai AI secara serius, jangan biar teknologi hakis nilai kemanusiaan dan prinsip hidup – PM

Kuasai AI secara serius, jangan biar teknologi hakis nilai kemanusiaan dan prinsip hidup – PM

Anak muda bukan hanya pemimpin masa depan, tetapi pemimpin masa kini – PM

Anak muda bukan hanya pemimpin masa depan, tetapi pemimpin masa kini – PM

59 peserta Tafaqquh Fiddin tamat pengajian

59 peserta Tafaqquh Fiddin tamat pengajian

‎Jawatankuasa khas banjir di Sepanggar dicadang – Mustapha ‎

‎Jawatankuasa khas banjir di Sepanggar dicadang – Mustapha ‎