56 GPS termasuk tujuh di Sabah gerakkan i-FB bantu kebajikan mahasiswa

KOTA KINABALU – Sebanyak 56 daripada 196 Gerakan Pengguna Siswa (GPS) seluruh negara menjadi penggerak yang menyuburkan budaya kepedulian, kesukarelawanan dan saling membantu menerusi inisiatif Ihsan Food Bank (i-FB) di institusi pengajian tinggi (IPT) masing-masing.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, daripada jumlah itu, tujuh GPS di Sabah turut terlibat dalam memperkukuh kebajikan mahasiswa dan memastikan bantuan makanan disalurkan kepada yang memerlukan.

“Saya menekankan bahawa penglibatan GPS perlu membawa manfaat langsung kepada kehidupan mahasiswa.

“Usaha ini penting untuk membina jaringan sokongan agar mahasiswa yang berdepan kekangan dapat memberikan tumpuan kepada pengajian,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi Facebook rasminya selepas menghadiri Program Advokasi Kepenggunaan dalam Aktivisme Belia dan Penyerahan Geran i-FB di UiTM Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu, pada Khamis.

Lebih 1,000 mahasiswa menyertai program berkenaan yang membuka ruang dialog mengenai isu kos sara hidup serta peranan mahasiswa dalam menggerakkan advokasi kepenggunaan di kampus.

“Dalam sesi interaksi ini, saya turut menekankan kepentingan menyuburkan semangat keprihatinan dan kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa.

“Empati dan peduli rakan mahasiswa inilah antara transformasi peranan GPS yang mahu kita perkukuh melalui Inisiatif i-FB sejajar dengan tiga terasnya iaitu Santuni Komuniti, Sayangi Alam dan Selamatkan Makanan (3S),” ujarnya.

Justeru, beliau berharap agar program itu dapat memperkukuh kerjasama mahasiswa, pihak institusi, sektor swasta dan rakan strategik KPDN dalam menggerakkan i-FB secara berterusan.

Pada majlis itu, Armizan menyerahkan geran i-FB kepada GPS UiTM Sabah dan Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH KPDN kepada pengusaha kantin Kolej Manukan, UITM Kota Kinabalu.

Beliau turut menyaksikan penyerahan sumbangan bakul makanan daripada lapan operator dan rakan strategik KPDN kepada UITM Kota Kinabalu.

Related Posts

Ketepikan perbezaan, fokus bantu keluarga mangsa ribut – Hong Seng

KUCHING – Semua pihak diseru agar mengetepikan sebarang perbezaan pandangan mahupun sentimen politik, sebaliknya memberikan tumpuan penuh kepada usaha membantu keluarga yang terjejas akibat insiden angin kencang baru-baru ini. Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keperluan penduduk asas pembangunan infrastruktur di Sarikei

SARIKEI – Keperluan sebenar penduduk perlu dijadikan asas utama dalam merancang dan melaksanakan pembangunan infrastruktur di Sarikei bagi memastikan setiap kemudahan yang disediakan memberi manfaat langsung kepada masyarakat. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas perlu jelaskan pendirian jika Zahid bakal PM – Mahfuz

Pas perlu jelaskan pendirian jika Zahid bakal PM – Mahfuz

Penyebaran kandungan AI manipulasi detik duka Tun M, MCMC ambil tindakan serius

Penyebaran kandungan AI manipulasi detik duka Tun M, MCMC ambil tindakan serius

Jangan jadikan ketegasan Mohd Shuhaily ‘kambing hitam’ tutupi kelemahan pihak lain

Jangan jadikan ketegasan Mohd Shuhaily ‘kambing hitam’ tutupi kelemahan pihak lain

Ketegasan Shuhaily perlu dipertahankan, jangan beri laluan sindiket kuburkan AKPS