Jelapang padi perlu diwartakan, pastikan keluasan tanaman tidak susut – KPKM

PUTRAJAYA – Kerajaan negeri disaran mewartakan kawasan jelapang padi bagi memastikan keluasan tanah penanaman padi terus dipelihara dalam usaha meningkatkan Kadar Sara Diri (SSR) beras negara.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata, perkara itu antara yang dibincangkan dalam mesyuarat bersama exco pertanian negeri dipengerusikan Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, semalam.

Menurut KPKM, cadangan pewartaan itu mengambil kira penyusutan keluasan kawasan penanaman padi yang menjadi antara faktor penurunan SSR beras daripada 68 peratus pada 2018 kepada 54.3 peratus tahun lalu.

“Cadangan itu turut mengambil kira syor Laporan Ketua Audit Negara supaya kawasan jelapang padi diwartakan bagi mengekalkan keluasan tanah penanaman padi.

“Kebergantungan kepada import beras dianggarkan sebanyak 1.416 juta tan metrik bernilai RM2.953 bilion pada 2025,” menurut kenyataan itu hari ini.

Mesyuarat turut membincangkan langkah memperkukuh kawasan sumber makanan negara melalui pengezonan dalam Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan, selaras dengan Pelan Induk Perancangan Guna Tanah Negara.

Antara langkah dikenal pasti ialah pewartaan segera 24 kawasan agromakanan negeri membabitkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan, Taman Kekal Pengeluaran Ruminan dan Zon Industri Akuakultur.

KPKM berkata, langkah berkenaan turut meliputi pelaksanaan Skim Pemutihan Ladang Penternakan serta Mekanisme Perlindungan Kawasan Makanan di Sabah dan Sarawak.

“Langkah ini menyokong usaha KPKM meningkatkan SSR bagi komoditi strategik, sekali gus meningkatkan pengeluaran tempatan serta memperkukuh daya tahan dan keterjaminan makanan negara,” katanya.

Dalam pada itu, mesyuarat meneliti cadangan pembabitan kerajaan negeri dalam Malaysia Fest di Singapura sebagai platform mempromosikan produk agromakanan tempatan dan membuka peluang lebih luas kepada usahawan Malaysia menembusi pasaran republik itu.

Jumlah pengunjung Malaysia Fest meningkat daripada 75,000 orang pada 2017 kepada 179,400 orang pada 2025, manakala nilai jualan meningkat daripada RM6.59 juta kepada RM15.8 juta.

Mesyuarat turut mengambil maklum 347 projek Program Pemerkasaan Agromakanan Negara bernilai RM349.15 juta diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 daripada 782 permohonan berjumlah RM2.09 bilion diterima tahun ini.

Selain itu, hasil kajian Program Mengoptimumkan Penggunaan Tanah dengan Kerjasama Kerajaan Negeri 2024 turut dibentangkan, membabitkan 97 projek, 19,447 peserta, keluasan kira-kira 40,000 hektar dan peruntukan RM149.59 juta.

Dalam aspek kawal selia pula, mesyuarat mengambil maklum penggubalan Rang Undang-Undang Baja bagi mewujudkan kerangka kawal selia industri yang lebih tersusun, telus dan berkesan, termasuk berkaitan kualiti, pengedaran, kestabilan harga baja serta kepentingan petani.

Related Posts

SARA bulanan mula dikredit hari ini

KUALA LUMPUR – Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan mula dikreditkan kepada penerima melalui MyKad masing-masing hari ini. Kementerian Kewangan (MoF) menerusi hantaran di aplikasi X pada Khamis memaklumkan, sejumlah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM henti serta-merta program penceramah bebas susulan dakwaan tular

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan semua program melibatkan seorang penceramah bebas dihentikan serta-merta susulan beberapa dakwaan serius yang sedang tular di media sosial. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas perlu jelaskan pendirian jika Zahid bakal PM – Mahfuz

Pas perlu jelaskan pendirian jika Zahid bakal PM – Mahfuz

Penyebaran kandungan AI manipulasi detik duka Tun M, MCMC ambil tindakan serius

Penyebaran kandungan AI manipulasi detik duka Tun M, MCMC ambil tindakan serius

Jangan jadikan ketegasan Mohd Shuhaily ‘kambing hitam’ tutupi kelemahan pihak lain

Jangan jadikan ketegasan Mohd Shuhaily ‘kambing hitam’ tutupi kelemahan pihak lain

Ketegasan Shuhaily perlu dipertahankan, jangan beri laluan sindiket kuburkan AKPS

Ketegasan Shuhaily perlu dipertahankan, jangan beri laluan sindiket kuburkan AKPS

Ketepikan perbezaan, fokus bantu keluarga mangsa ribut – Hong Seng

Ketepikan perbezaan, fokus bantu keluarga mangsa ribut – Hong Seng

Keperluan penduduk asas pembangunan infrastruktur di Sarikei

Keperluan penduduk asas pembangunan infrastruktur di Sarikei