Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

KOTA BHARU – Seorang murid perempuan Tahun Empat meninggal dunia selepas hampir 24 jam menerima rawatan akibat kecederaan parah dalam kemalangan membabitkan sebuah lori di Kubang Kerian, di sini, Ahad lalu.

Mangsa, Putri Nur Aishah Abdullah, 10, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kerian 2, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4 petang Isnin akibat kecederaan parah dan pendarahan teruk.

Ibu mangsa, Nadja Aida Natasha Mohd Noor berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.20 petang ketika anak sulung daripada tiga beradik itu membonceng motosikal bersama datuknya, Bakri Daud, 61, dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Chica selepas selesai makan.

Menurutnya, ketika tiba di persimpangan lampu isyarat, motosikal dinaiki mereka bergesel dengan sebuah lori yang datang dari arah sama sebelum kedua-duanya terjatuh.

“Ayah saya yang menunggang motosikal terjatuh di sebelah kiri dan hanya mengalami luka ringan, manakala anak saya terjatuh di sebelah kanan sebelum digilis lori di bahagian perut.

“Pemandu lori itu memberhentikan kenderaannya selepas menyedari kejadian dan mendapati anak saya berada di bawah lori dalam keadaan mengalami kecederaan parah,” katanya.

Putri Nur Aishah kemudian dibawa ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian dan ditempatkan di Zon Merah dalam keadaan kritikal.

Nadja Aida Natasha berkata, anaknya menjalani pembedahan kecemasan bagi memasang besi pada bahagian pinggul untuk membantu menghentikan pendarahan sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi.

“Beberapa jam selepas pembedahan, keadaan anak saya masih lemah kerana kehilangan banyak darah.

“Pendarahan masih berterusan dan doktor bercadang melakukan pembedahan kali kedua bagi mengenal pasti punca pendarahan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, ketika perbincangan bersama doktor, jantung anaknya tiba-tiba terhenti sebelum diberikan bantuan CPR selama kira-kira 15 minit sehingga nadinya kembali.

“Keadaan anak saya semakin lemah sebelum akhirnya meninggal dunia,” katanya.

Jenazah Putri Nur Aishah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chicha kira-kira jam 9.30 malam Isnin.

Gambar: Berita Semasa

Related Posts

Penderhakaan moden UMNO-PN, usaha gulingkan Tuanku Muhriz wajar dikenakan tindakan – Pakar

USAHA menggulingkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir oleh kepemimpinan gabungan UMNO-Perikatan Nasional (PN) negeri bersama Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim dan barisan Exco disifatkan sebagai ‘penderhakaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes khianat di Sri Aman, lelaki 36 tahun ditahan

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun dicekup polis di Saratok pada Isnin kerana disyaki terbabit dalam kes khianat dengan api yang dilaporkan di Sri Aman. Suspek ditahan sepasukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki dipenjara 10 bulan miliki 600 liter petrol tanpa permit

  • By Fatin
  • September 24, 2026
Lelaki dipenjara 10 bulan miliki 600 liter petrol tanpa permit

346 sampel sayur dikesan langgar had residu racun perosak sepanjang RMKe-12

346 sampel sayur dikesan langgar had residu racun perosak sepanjang RMKe-12

Kes maut wanita OKU: Bapa dan anak lelaki ditahan reman

Kes maut wanita OKU: Bapa dan anak lelaki ditahan reman

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja

Mayat pekerja tongkang ditemukan tidak sempurna di parit ladang sawit

Mayat pekerja tongkang ditemukan tidak sempurna di parit ladang sawit