‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja

PUTRAJAYA – Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyelar sikap segelintir pihak yang lupa diri terhadap jasa pemimpin selepas tidak lagi berkuasa, termasuk berubah pendirian terhadap individu yang sebelum ini dihormati.

Beliau berkata, golongan terbabit juga tidak sepatutnya menganggap diri mereka sentiasa berada di pihak yang benar dengan meletakkan setiap kesalahan kepada pemimpin lain, seolah-olah mereka tidak sesekali pernah membuat dosa.

Sambil menganggap dirinya tidak maksum, bekas Menteri Belia dan Sukan itu sering mengamalkan pendekatan tidak perlu menuding jari dan sentiasa melakukan perkara dan sering menyalahkan orang lain.

“Ketika pemimpin itu di atas, kamu tunduk, kamu hormat, kamu berkongsi segala nikmat, merasa bagaimana berkuasa.

“Ketika pemimpin itu di bawah, kamu pula mendongak, kamu bongkak dan khianat kepada tutur janji. Namun kamu masih berlagak seumpama kamu maksum, tidak berdosa dan tidak akan sesekali melakukan dosa.

“Pada diri kamu, setiap kejadian yang merugikan, pasti berpunca dari kesalahan pemimpin lain. Aku beringat kepada diri sendiri. Aku bukan maksum. Tentu aku ada salah silap. Aku mesti perbetulkan.

“Aku tak perlu menuding jari seakan aku sentiasa betul, orang lain sentiasa salah. Mungkin kamu juga seharusnya, sedemikian,” katanya menerusi kenyataan, pada Khamis.

Perkara itu dipercayai berkait keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang mengeluarkan perintah penggantungan terhadap semua aktiviti Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa, pada Rabu.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal turut meluahkan apa yang terjadi ketika ini tidak ubah seperti
dikhianati selepas bahtera perjuangan yang dibina selama ini gagal dikemudi lagi.

“Kawan bertanya khabar. Bersimpati dengan apa yang berlaku. Beritakanlah. Bahawa, tentu sekali aku berasa kecewa, marah, malu dan dikhianati.

“Kecewa kerana perkara kecil, sesuatu yang kami bina bersama, kini dalam kemelut yang boleh membawa kesan yang besar. Marah kerana mereka bertopengkan kebaikan tetapi membuat onar yang merugikan diri mereka sendiri.

“Malu kerana, apabila mereka bercakap, bergegar bumi. Rupa-rupanya, kamu lemah. Bahtera perjuangan suci gagal dikemudi. Aku berasa dikhianati!” katanya.

Related Posts

PRN Melaka: Tiga penjuru masih dalam percaturan – Penganalisis

DINAMIKA politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dijangka terus kompleks berikutan bentuk kerjasama antara parti masih belum dimuktamadkan, dengan kemungkinan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas akui ada kekuatan tapi masih mahu bersama ‘abang long’ UMNO di PRN Melaka

PUTRAJAYA – Pas akan terus ‘dibuli’ UMNO dalam rundingan pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang, seperti yang berlaku di Johor dan Negeri Sembilan. Exco Angkatan Muda…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja

Mayat pekerja tongkang ditemukan tidak sempurna di parit ladang sawit

Mayat pekerja tongkang ditemukan tidak sempurna di parit ladang sawit

PRN Melaka: Tiga penjuru masih dalam percaturan – Penganalisis

PRN Melaka: Tiga penjuru masih dalam percaturan – Penganalisis

PN digantung: Ujian pertama Samsuri bukan sekadar menukar wajah kepimpinan