
SANDAKAN – Kerajaan Persekutuan diharap dapat meneruskan inisiatif premis Tamu Desa di Sabah dan Sarawak menerusi Belanjawan 2027 bagi menyokong aktiviti ekonomi masyarakat desa.
Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata, beliau telah mencadangkan perkara itu kepada Menteri dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta Ketua Setiausaha KUSKOP dalam pertemuan sebelum ini.
“Hari ini, mewakili rakyat Sabah dan Kerajaan Negeri Sabah, saya berharap kepada KUSKOP khususnya, Perdana Menteri serta Kerajaan Persekutuan amnya agar dapat meneruskan inisiatif premis Tamu Desa ini dalam Belanjawan 2027.
“Ini kerana, inisiatif yang diperkenalkan sejak 2024 memberi manfaat kepada ribuan peniaga kecil di tamu-tamu seluruh Sabah dan Sarawak,” ujarnya semasa merasmikan Kemudahan Premis Tamu Desa di Kampung (Kg) Kitagas, Ulu Dusun, Libaran yang dibina dengan peruntukan RM200,000 di bawah KUSKOP.


Untuk rekod, lebih 100 buah Tamu Desa dibina di seluruh negara menerusi perugukan Belanjawan 2021.




