300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

KUANTAN – Seramai 300 pelajar Tingkatan Satu hingga Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Isap Murni menyertai Program STEM Camp MOSTI 2026 selama dua hari di sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Program itu adalah hasil kerjasama strategik pihak sekolah dengan Persatuan Wanita Inspirasi Kuantan dan Fakulti Kejuruteraan Teknologi Pembuatan dan Mekatronik, Universiti Malaysia Pahang Sultan Ahmad Shah (UMPSA).

Ia bertujuan merangsang minat pelajar terhadap subjek Matematik dan Sains sebagai subjek teras aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), khususnya dalam membuat pilihan untuk menyambung pengajian dalam aliran Sains di Tingkatan Empat dan Lima.

Melalui lapan modul aktiviti diperkenalkan, pelajar berpeluang mengaplikasikan ilmu Matematik dan Sains dalam kehidupan seharian.

Pengarah Program, Fakhrul Anuar Zulkawi berkata, penganjuran kali ini adalah tahun keempat dan dijayakan di sekolah-sekolah dalam Parlimen Kuantan sejak diperkenalkan pada 2023.

“SMK Sungai Isap Murni yang berada dalam Dewan Undangan Negeri Tanjung Lumpur dipilih kerana mempunyai bilangan pelajar daripada keluarga B40 yang ramai.

“Pendedahan awal ini penting agar lebih ramai anak-anak penduduk Sungai Isap menguasai bidang sains dan berjaya dalam bidang sains dan teknologi di institusi pengajian tinggi,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) berkata, keperluan melahirkan lebih ramai saintis dan teknologis dalam kalangan anak tempatan amat diperlukan bagi merealisasikan aspirasi MBK menjadikan Kuantan sebagai bandar raya pintar bertaraf penuh menjelang 2030.

Sementara itu, Pengetua SMK Sungai Isap Murni, Fatimah Muda berharap lebih ramai pelajar sekolah itu akan memilih aliran Sains termasuk Sains Tulen di peringkat menengah atas bagi mengisi hasrat Kerajaan MADANI menjadikan Malaysia sebuah negara berteknologi tinggi.

Ketua Koordinator STEM UMPSA, Dr Asrul Adam pula berkata, minat terhadap Sains dan Matematik yang dibina sejak peringkat menengah rendah membolehkan pelajar menguasai bidang itu dengan lebih menyeronokkan dan meyakinkan.

Program dua hari itu melibatkan lapan modul interaktif iaitu Pelancar Roket, Bolasepak Robotik, Sumo Robotic, 3-D Printing, Pembinaan Jambatan, Kereta Lumba, Kecerdasan Buatan dan Shock Absorber.

Para pelajar dipecahkan kepada 50 kumpulan dan berpeluang mengikuti semua modul secara rotasi bagi memberi pendedahan menyeluruh mengenai aplikasi STEM dalam dunia sebenar.

Related Posts

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

PADANG BESAR – Seorang penjawat awam disyaki berpakat dengan saudara kandungnya untuk membuat laporan mengenai kehilangan Toyota Vellfire milik isterinya bagi membolehkan tuntutan insurans dibuat susulan masalah kewangan. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

TAWAU – Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan kira-kira 210 rumah daripada musnah dalam insiden kebakaran di Kampung Titingan, pada Jumaat. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

DAP bincang pendirian isu pengampunan Najib esok

DAP bincang pendirian isu pengampunan Najib esok