Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing

PUTRAJAYA – Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) perlu diperkasa secara holistik sebagai pendekatan pencegahan bagi menangani isu pematuhan imigresen, bukannya hanya bergantung kepada operasi serbuan dan penahanan besar-besaran.

Profesional dasar awam, Dini Nurhani berkata, penguatkuasaan sememangnya penting untuk mengesan pelanggaran, namun langkah pencegahan melalui sistem digital perlu diperkukuh bagi memastikan pengurusan pekerja asing lebih teratur dan berkesan.

Menurut beliau, penahanan 472 warga asing dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Mega di Lebuh Pudu baru-baru ini menjadi peringatan bahawa isu pematuhan imigresen tidak boleh ditangani menerusi operasi penguatkuasaan semata-mata yang tidak lagi hanya sekadar menjadi tajuk berita.

“Pada 13 September, Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Mega memeriksa 2,500 individu yang dikesan merangkumi tinggal lebih masa hingga penggunaan dokumen yang tidak diiktiraf selepas aduan orang awam mengenai premis yang menjalankan aktiviti secara tidak sah serta kehadiran pekerja tanpa dokumen yang sah secara ketara.

“Namun, persoalannya kekal, bagaimana kita boleh mengelakkan masalah ini daripada terus terkumpul sehingga memerlukan penahanan secara besar-besaran, FWCMS menawarkan satu jawapan.

“Ia bukan sesuatu yang glamor dan sememangnya bukan baharu, tetapi merupakan penyelesaian digital praktikal yang telah lama kita usahakan,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Dini menegaskan, jawapan bertulis Kementerian Dalam Negeri di Parlimen bertarikh 10 Februari 2026 menerangkan bahawa FWCMS menyokong permohonan, kelulusan, pemantauan dan pengurusan pas kerja secara digital.

Jelasnya, sistem tersebut dilihat memiliki kemampuan menghimpunkan maklumat berkaitan majikan, kuota, saringan kesihatan dan kemasukan pekerja, di samping menyelenggara rekod berpusat yang boleh diaudit.

“Pengesahan biometrik pula sebagai langkah perlindungan terhadap penipuan identiti, rekod berganda dan penyalahgunaan dokumen dengan mendigitalkan proses permohonan, semakan biometrik dapat membantu mencegah identiti berganda.

“Papan pemuka boleh menandakan permit yang telah tamat tempoh, manakala notifikasi boleh dihantar kepada majikan sebelum tempoh permit berakhir dan bertukar menjadi pelanggaran,” katanya.

Untuk menjayakan perkara terbabit, Dini memaklumkan, FWCMS direka untuk menjadikan pematuhan bukan sekadar soal mengesan kesilapan, tetapi mencegahnya daripada berlaku.

“Ambil contoh modul Bio-Medical Verification. Modul ini memastikan pekerja yang menjalani saringan kesihatan adalah individu yang sama yang berlepas dari negara sumber dan tiba di Malaysia, kesinambungan ini penting apabila dokumentasi yang tidak boleh dipercayai menjadi salah satu ruang kelemahan terbesar,” katanya.

Bagi pembaharuan permit, katanya, ia khususnya dalam urusan pembantu rumah asing, majikan kini boleh mengemukakan permohonan PLKS secara dalam talian sehingga 90 hari sebelum tarikh tamat tempoh, dengan ePASS menggantikan sistem pelekat lama.

Menurutnya, ini bukanlah pembaharuan yang kelihatan besar, tetapi ia telah membantu mengurangkan kerenah birokrasi dan memberikan majikan lebih sedikit alasan untuk mengabaikan tanggungjawab mereka.

“Menyediakan proses pembaharuan secara dalam talian memberi peluang kepada majikan untuk menguruskan dokumentasi sebelum tarikh akhir semakin hampir, menyediakan maklumat yang diperlukan dan bertindak secara bertanggungjawab, bukannya hanya bertindak selepas timbul masalah,” katanya.

“Pada masa sama, FWCMS juga mempunyai fungsi yang boleh menyokong perancangan penguatkuasaan yang lebih bersasar. Modul eEnforcement diterangkan sebagai menyediakan maklumat awal kepada Jabatan Imigresen mengenai permit kerja yang telah tamat tempoh.

“Kekuatan utama FWCMS terletak pada kesannya dalam urusan seharian, pengurangan permit yang tamat tempoh, proses pembaharuan yang lebih pantas, rekod yang lebih teratur serta sistem yang lebih telus dan mampu memastikan pihak berkepentingan bertanggungjawab.

“Dengan rekod yang tepat, penglibatan aktif majikan dan tindakan susulan yang diselaraskan, FWCMS boleh menjadi sebahagian penting daripada usaha Malaysia menangani cabaran pematuhan pekerja asing, di samping menyokong penguatkuasaan yang berkesan serta sistem pekerjaan yang sah dan lebih teratur,” katanya.

Related Posts

MyKad Generasi Baharu tersedia di seluruh negara mulai hari ini

KUALA LUMPUR – Pemegang MyKad lama kini boleh mendapatkan MyKad Generasi Baharu di semua cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara, bermula hari ini. Menurut soalan lazim yang disiarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

KUCHING – Kerajaan MADANI mengumumkan penambahbaikan segera terhadap inisiatif BUDI MADANI bagi penyaluran subsidi diesel (Budi Diesel) dengan membenarkan pemindahan kelayakan sehingga maksimum tiga buah kenderaan berkuat kuasa serta-merta. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing

Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing

Polis nasihat penduduk sekitar Tasik Bera beri kerjasama kepada penguat kuasa

Polis nasihat penduduk sekitar Tasik Bera beri kerjasama kepada penguat kuasa

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini