Kerajaan Negeri Sembilan tidak laksana proklamasi 19 April

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan mewartakan atau melaksanakan proklamasi berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bertarikh 19 April 2026, susulan pandangan Jabatan Peguam Negara (AGC) bahawa proklamasi itu tidak sah.

Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Sembilan dalam kenyataan malam tadi berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas mengambil kira kedudukan undang-undang serta peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959.

Katanya, kerajaan negeri akur dengan pandangan AGC bahawa ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) tidak mempunyai bidang kuasa, autoriti atau kuasa di bawah UUTKNS 1959 untuk membuat pengumuman berkaitan proklamasi berkenaan.

“Selain daripada itu, tiada asas di sisi undang-undang bagi ahli MMKN untuk bersandar kepada proklamasi bertarikh 19 April 2026 bagi pengumuman mereka,” menurut kenyataan itu.

Pejabat SUK Negeri Sembilan berkata, perkara itu turut mengambil kira kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, kepada media semalam mengenai keputusan MMKN untuk mewartakan proklamasi berkenaan.

Menurutnya, pentadbiran negeri sudah merujuk perkara itu kepada Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan bagi memastikan sebarang tindakan yang perlu diambil adalah selaras dengan undang-undang semasa dan UUTKNS 1959.

Dalam pada itu, AGC dalam kenyataan malam tadi memaklumkan proklamasi berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak mandatori Perkara 10 UUTKNS 1959.

AGC turut menjelaskan bahawa Menteri Besar dan MMKN Negeri Sembilan tidak mempunyai kuasa secara unilateral untuk menamatkan atau mengosongkan jawatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Sementara itu, Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan sekali lagi menegaskan bahawa Tuanku Muhriz kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah serta Yang Dipertua DKU.

Related Posts

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan berhubung ucapan perwakilan Selangor, Datuk Noorazli Said semasa Perhimpunan Agung UMNO 2026 akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara esok untuk arahan dan nasihat selanjutnya. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar bukan mahu raih politik, rakyat perlu tahu ‘pucuk pangkal’ isu Rohingya

PUTRAJAYA – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyangkal sentimen bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalahkan pentadbiran terdahulu berkait isu pengurusan krisis pelarian etnik Rohingya di Malaysia, hanya sekadar untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini

Anwar bukan mahu raih politik, rakyat perlu tahu ‘pucuk pangkal’ isu Rohingya

Anwar bukan mahu raih politik, rakyat perlu tahu ‘pucuk pangkal’ isu Rohingya

Pengguna tidak lagi gunakan BNPL membeli barangan bernilai tinggi

Pengguna tidak lagi gunakan BNPL membeli barangan bernilai tinggi

Tahanan rumah Najib: ‘Saya tidak pernah tandatangani’ – Hannah Yeoh

Tahanan rumah Najib: ‘Saya tidak pernah tandatangani’ – Hannah Yeoh

UMNO mahu berlagak jadi ‘abang long’, Pas berdepan tekanan perebutan kerusi

UMNO mahu berlagak jadi ‘abang long’, Pas berdepan tekanan perebutan kerusi

Kerajaan Negeri Sembilan tidak laksana proklamasi 19 April

Kerajaan Negeri Sembilan tidak laksana proklamasi 19 April