UMNO mahu berlagak jadi ‘abang long’, Pas berdepan tekanan perebutan kerusi

PUTRAJAYA – UMNO yang menjalinkan kerjasama bersama Pas membuktikan parti terbabit hanya mahu mengekalkan kedudukan sebagai ‘abang long’ dalam percaturan politik Melayu-Islam menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang Kampus Raub, Muhammad Ariff Asyrul Adnan berkata, peluang untuk menjadi dominan sering menjadi matlamat utama setiap parti yang merasakan mereka masih relevan sebagai aktor yang mampu menawan sebahagian besar kehendak majoriti.

Menurut beliau, imej ‘abang long’ atau warlord sememangnya sudah sinonim dengan UMNO yang mempamerkan kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) terutama Pas itu dilihat hanya cenderung kepada pakatan pilihan raya semata-mata.

“Memandangkan situasi di Johor dan Negeri Sembilan menjadi petunjuk utama kekuataan ini, tetapi dalam masa yang sama masih berdepan dengan ketidakpastian dalam memuktamadkan matlamat sebenar kerjasama atau sekadar mengulangi situasi yang sama sewaktu Muafakat Nasional dibentuk.

“Sudah dijangkakan isu utama dalam kerjasama ini adalah bagaimana untuk berdepan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) dan PRU16 yang bakal tiba,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Muhammad Ariff berkata, perkara paling mencabar dan menjadi isu utama dalam kerjasama berkenaan adalah soal agihan kerusi yang perlu diselesaikan melalui rundingan politik antara kedua-dua parti tersebut.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Pahang, Kampus Raub berpandangan, seandainya kejayaan kerjasama BN-PN terutama Pas ingin dicapai, rundingan politik harus mencapai konsensus yang jelas terutamanya dalam agihan kerusi.

“Masalah utama dalam kerjasama ini adalah berkenaan dengan tumpuan fokus pengundi yang sama iaitu di kawasan Melayu-Islam.

“Memang pemboleh ubah utama kejayaan kerjasama ini adalah salah satunya melihat kepada kesediaan PN-Pas untuk memberikan sedikit ruang kepada BN (kerusi) di negeri SG4,” katanya.

Tambahnya, kerjasama yang dilakukan itu seharusnya tidak hanya misi dan matlamat untuk kembali menjadi dominan dan meraih kekuasaan kembali.

“Jika elok, kerjasama ini perlu membuktikan mereka bukan mengangkat soal politik identiti yang menjadi teras kepada matlamat mereka

“Namun juga mampu memberikan sebuah jaminan dan tawaran yang lebih baik untuk kesejahteraan pengundi dan majoriti rakyat yang memilih mereka,” katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Politik Presiden Pas, Syahir Sulaiman berkata, isu agihan kerusi yang menjadi cabaran besar kepada agenda kerjasama UMNO dengan parti itu, terutama dalam menghadapi siri pilihan raya boleh diselesaikan menerusi formula ‘muafakat’.

Malah beliau berkata formula itu sudah terbukti berjaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang menyaksikan kerajaan diterajui Pakatan Harapan (PH) ditewaskan.

Beliau berkata, BN perlu mengelak bertembung dengan PN di kerusi penyandang, manakala kerusi disandang PH dirunding untuk misi ditawan.

Related Posts

Konvensyen Khas PBB Zon Selatan: Hanifah ketuai penyelarasan awal jawatankuasa protokol

KUCHING – Persiapan menjelang Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak Zon Selatan yang dijadualkan pada 15 November depan kini giat dijalankan bagi memastikan kelancaran dan kesempurnaan penganjurannya. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

IPOH – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan kenyataan segelintir pemimpin kerajaan yang seolah-olah menggambarkan pentadbiran negara tidak stabil sebagai sebahagian daripada perbahasan politik, dan tidak mencerminkan realiti sebenar kerajaan ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar bukan mahu raih politik, rakyat perlu tahu ‘pucuk pangkal’ bermula isu Rohingya

Anwar bukan mahu raih politik, rakyat perlu tahu ‘pucuk pangkal’ bermula isu Rohingya

Pengguna tidak lagi gunakan BNPL membeli barangan bernilai tinggi

Pengguna tidak lagi gunakan BNPL membeli barangan bernilai tinggi

Tahanan rumah Najib: ‘Saya tidak pernah tandatangani’ – Hannah Yeoh

Tahanan rumah Najib: ‘Saya tidak pernah tandatangani’ – Hannah Yeoh

UMNO mahu berlagak jadi ‘abang long’, Pas berdepan tekanan perebutan kerusi

UMNO mahu berlagak jadi ‘abang long’, Pas berdepan tekanan perebutan kerusi

Kerajaan Negeri Sembilan tidak laksana proklamasi 19 April

Kerajaan Negeri Sembilan tidak laksana proklamasi 19 April

Polis Sabah terima 13 laporan susulan ucapan berkait paderi, biarawati

Polis Sabah terima 13 laporan susulan ucapan berkait paderi, biarawati