Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

ISU kemasukan pelarian Myanmar termasuk etnik Rohingya ke Malaysia bermula akibat tindakan kerajaan terdahulu termasuk ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dan penglibatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketika itu terdapat perhimpunan besar-besaran bagi mengalu-alukan serta menyokong kehadiran masyarakat Rohingya di Malaysia.

Menurut beliau, keadaan itu kini menimbulkan kesan yang perlu ditangani kerajaan, termasuk isu keselamatan, ekonomi dan keresahan dalam kalangan rakyat tempatan.

“Dulu waktu mereka masuk ke Malaysia, pintu dibuka. Disambut, ada perhimpunan besar.

“Perhimpunan besar yang dengar ucapan daripada tokoh-tokoh kerajaan masa itu dengan Pas,”katanya dalam podcast Sembang Ohh Yeahh sempena Hari Malaysia di Facebook rasminya, pada Rabu.

Anwar berkata, keadaan menjadi lebih rumit apabila jumlah pelarian Myanmar termasuk etnik Rohingya di Malaysia meningkat sehingga isu berkenaan kini dikaitkan dengan pelbagai masalah yang dirasai masyarakat tempatan.

Beliau menegaskan, antara perkara yang menimbulkan keresahan ialah dakwaan pelanggaran peraturan, perhimpunan tanpa kebenaran serta penglibatan dalam perniagaan yang sah diusahakan masyarakat tempatan.

“Sekarang ternyata ia jadi beban. Langgar kampung, langgar peraturan, buat perhimpunan haram, mempertikaikan kedudukan rakyat Malaysia.

“Kemudian kadang-kadang mengambil alih perniagaan yang sah oleh masyarakat tempatan.
Ini menimbulkan kemarahan, keresahan,” katanya.

Bagaimanapun, Anwar berkata, isu berkenaan tidak boleh diselesaikan hanya dengan menangkap atau mengusir mereka kerana kerajaan Myanmar sebelum ini tidak bersedia menerima semula masyarakat Rohingya yang dihantar keluar dari Malaysia.

“Kalau kita nak hantar balik, pemerintah (Myanmar) tak mahu terima. Dia tak mahu terima ini sebagai rakyat Myanmar,” katanya.

Dalam masa sama, Anwar menegaskan Malaysia mempunyai hak untuk menentukan siapa yang boleh berada di negara ini dan masyarakat Rohingya yang berada di Malaysia perlu mematuhi undang-undang.

“Ini bukan negeri kamu. Ini negeri Malaysia. Biar orang Malaysia tentukan,” katanya.

Perdana Menteri turut menolak kritikan bahawa kerajaan hari ini menjadi punca kepada kehadiran masyarakat Rohingya yang semakin besar di Malaysia.

Sebaliknya, beliau mempersoalkan mengapa kerajaan semasa dipersalahkan terhadap masalah yang mempunyai kaitan dengan keputusan serta tindakan kerajaan terdahulu.

“Orang lain yang bawa masuk, orang lain yang kena,” katanya.

Bagaimanapun, Anwar berkata, kerajaan tidak boleh sekadar menyalahkan pihak terdahulu tanpa mencari penyelesaian.

Tambahnya, kerajaan perlu mencari jalan keluar yang praktikal dan bukan sekadar mengeluarkan kenyataan atau menyalahkan mana-mana pihak.

“Penyelesaian cara ialah pertama, runding dengan pemerintah Myanmar untuk dapatkan kebenaran mereka dibawa pulang.

“Kalau kita laung-laung, jerit-jerit, tak ada insentif, tak jadi apa juga,” katanya.

Related Posts

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur telah menahan reman seorang pemilik syarikat perundingan, pengurusan dan perniagaan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM30,000 Perkara itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Agong isytihar darurat di Serian, Sarawak susulan jerebu

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengisytiharkan darurat di seluruh Bahagian Serian, Sarawak berikutan keadaan jerebu yang semakin membimbangkan dan menjejaskan kesihatan serta keselamatan penduduk. Pejabat Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX