
KOTA KINABALU – Kira-kira 2,000 jemaah menunaikan solat Jumaat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Jamek Kampung Likas, di sini pada Jumaat.
Beliau tiba di masjid berkenaan kira-kira pukul 12.20 tengah hari selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Tahun 2026, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).
Sebelum menunaikan Solat Jumaat, Perdana Menteri bersama-sama jemaah mengikuti khutbah Jumaat bertajuk ‘Hari Malaysia, Nikmat Keamanan, Amalan Bersama’.
Selesai menunaikan solat Jumaat, meluangkan masa beramah mesra dengan jemaah serta penduduk setempat sebelum ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Dewan Serba Guna Damai, Kota Kinabalu.

Turut hadir, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts Mustapha Sakmud.







