Proklamasi turunkan Tuanku Muhriz dari takhta tidak sah, tegas Undang Sungei Ujong

SEREMBAN – Proklamasi yang bertujuan menurunkan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz daripada takhta yang ditandatangani Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim pada 3 Ogos lalu, disifatkan sebagai tidak sah dan tidak mempunyai kuasa untuk dikuatkuasa.

Undang Luak Sungei Ujong, Datuk Klana Petra Muhammad Faris Johari Meor Ngah berkata, keputusan Sidang Dewan Keadilan dan Undang yang berlangsung pada 31 Julai lalu di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah telah memuktamadkan bahawa pengisytiharan bertarikh 19 April 2026 tidak mempunyai kesan undang-undang.

Katanya, pengisytiharan berkenaan juga tidak boleh diguna pakai kerana tidak memenuhi syarat yang ditetapkan di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

“Sidang Dewan Keadilan dan Undang pada 31 Julai 2026 di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah memuktamadkan pengisytiharan 19 April 2026 itu tiada kesan undang-undang dan tidak boleh diguna pakai kerana tidak memenuhi syarat Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau turut mendakwa tiga daripada Undang Empat yang terlibat dalam usaha menurunkan Tuanku Muhriz tidak lagi mempunyai kuasa sebagai Pembesar Memerintah bagi negeri berkenaan kerana telah lucut pesaka mengikut adat luak masing-masing.

Dalam pada itu, Muhammad Faris menegaskan bahawa sebarang perkara berkaitan kedudukan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan perlu mendapat perkenan atau sabda daripada Imam Undang Yang Empat.

“Ditegaskan, apa-apa jua hal berkaitan kedudukan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ketika ini hendaklah ada sabda Kita selaku Imam Undang Yang Empat,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan pada 9 September 2026 dan ditandatangani Muhammad Faris selaku Undang Luak Sungei Ujong Negeri Sembilan Darul Khusus.

Related Posts

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

KOTA KINABALU – Sebanyak RM6.62 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan 416 projek penggantian penuh sekolah daif di Sabah sepanjang tempoh 2017 hingga 2026. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

LIMBANG – Seramai tujuh individu ditahan dalam operasi membanteras penyalahgunaan dan kegiatan pengedaran dadah menerusi Ops Tapis Khas yang dijalankan di sekitar daerah ini selama tiga hari bermula Isnin lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63