Abdul Azeez kecewa tuduhan rasuah, bertekad mahu bersihkan nama – Peguam

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim kecewa dengan pertuduhan rasuah yang dihadapinya dengan menyifatkan sebagai dakwaan tidak benar dan bertekad untuk membersihkan nama melalui proses perundangan.

Peguamnya, Datuk Amer Hamzah Arshad berkata, keadaan Azeez ketika ini adalah baik dan beliau kekal tenang dalam menghadapi proses undang-undang yang sedang berlangsung.

Menurut beliau, semangat yang dipamerkan bekas Ahli Parlimen membuktikan beliau tidak sama sekali akan berputus asa dalam mempertahankan diri serta menjelaskan kedudukannya di mahkamah.

“Beliau berkeadaan baik. Semangatnya masih kuat. Cuma sudah tentu beliau berasa kecewa dengan hakikat bahawa tuduhan tertentu, tuduhan yang tidak benar, telah dibuat terhadapnya.

“Beliau bertekad untuk membersihkan namanya. Pasukan undang-undang berhasrat untuk meneliti perkara ini dan mempertahankan namanya, serta mempertahankan dirinya juga,” katanya ketika ditemui media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, pada Rabu.

Pada Rabu, Abdul Azeez mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan menggunakan kedudukan berkaitan pelaburan RM193.5 juta dalam Putrajaya Perdana Berhad, 12 tahun lalu.

Mengulas prosiding tersebut, Amer Hamzah berkata, permohonan pihak pendakwaan supaya Abdul Azeez menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sebagai syarat tambahan jaminan disifatkan tidak wajar dan keterlaluan oleh pihak pembelaan.

Menurut beliau, tiada keperluan untuk syarat berkenaan dikenakan terhadap anak guamnya berdasarkan fakta serta latar belakang kes yang dihadapinya.

“Kami juga agak hairanlah kenapa ada syarat tambahan untuk pasport diserahkan sedangkan dalam kes Datuk Seri Ismail Sabri tak ada pun rayuan dibuat oleh pihak pendakwaan apabila mahkamah tidak memerintahkan sedemikian.

“Jadi, untuk kes ini, beliau (Abdul Azeez) bukannya bekas menteri,  just an ordinary citizen. Saya fikir syarat tambahan tersebut adalah agak keterlaluan berdasarkan kepada fakta dan latar belakang beliau dan juga kes.

“Sehubungan itu, kami haraplah apa yang berlaku ini adalah kerana atas budi, atas kehendak pihak pendakwaan dan bukannya atas campur tangan daripada pihak-pihak yang berkenaan,” katanya.

Mengikut pertuduhan, ahli politik berusia 60 tahun itu didakwa sebagai seorang Pegawai Badan Awam iaitu Pengerusi Lembaga TH, telah menggunakan kedudukannya untuk suapan.

Ia membabitkan jawatan Pengerusi syarikat Putrajaya Perdana Berhad dengan remunirasi sebanyak RM690,000 setahun serta kemudahan satu kereta jenis BMW 7 Series termasuk seorang pemandu tetap.

Perbuatan didakwa dengan mengarahkan Tan Sri Ismee Ismail selaku Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga TH dengan mencadangkan Abdul Azeez sebagai wakil TH dalam syarikat Putrajaya Perdana.

Ia termasuk meyakinkan Ahli-Ahli Lembaga TH semasa Mesyuarat Lembaga Pengarah Lembaga TH supaya bersetuju meluluskan cadangan untuk melabur sehingga RM193.5 juta (sehingga 30 peratus modal saham terbitan sedia ada) dalam syarikat itu.

Kesalahan didakwa dilakukan di Bilik Mesyuarat Lembaga, Bangunan TH, Jalan Tun Razak, di sini pada 25 Ogos 2014.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum bawah Seksyen 24(1) akta sama, membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dalam kes ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib, Law Chin How dan ‘Atirah Mohd Azuarizanuddin.

Related Posts

Azeez tidak mengaku salah guna kedudukan dalam TH jadi Pengerusi Putrajaya Perdana

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, pada Rabu atas tuduhan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan jawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Abdul Azeez masih dalam tahanan walaupun dibenar ikat jamin RM450,000

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kekal dalam tahanan polis sehingga esok walaupun Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan ikat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

  • By Fandi
  • September 9, 2026
Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis

MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis

Azeez tidak mengaku salah guna kedudukan dalam TH jadi Pengerusi Putrajaya Perdana

Azeez tidak mengaku salah guna kedudukan dalam TH jadi Pengerusi Putrajaya Perdana

Kerajaan Sarawak salur sumbangan RM100,000 buat keluarga mangsa nahas helikopter

Kerajaan Sarawak salur sumbangan RM100,000 buat keluarga mangsa nahas helikopter